Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 April, 2011

Tabung Baitulmal Sarawak sampai sumbangan kepada Urusetia Saudara Kita


Caption: MANFAATKAN...Shamshul (kiri) menyampaikan bantuan kepada wakil USK ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

Zul Zainami,

TBS Sri Aman

SRI AMAN, Khamis (14 April) - Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah menyerahkan bantuan bagi menampung kos kelancaran aktiviti ilmu dan kerohanian yang dilaksanakan oleh pihak USK (Urusetia Saudara Kita) Sri Aman.

Untuk itu Pengurus Cawangan TBS Sri Aman, Shamsul Bahri bin Manap menyarankan agar USK mengutamakan agenda pemantapan Aqidah dikalangan para peserta di samping mengetengahkan pembelajaran Fiqh dan Fardhu Kifayah selepas ini.

“Sudah tiba masanya bagi pihak USK untuk mempunyai kemahiran kendiri dalam mengurus aspek Fardhu Kifayah bagi golongan mu’allaf jika berlaku kematian di kalangan anggota terutama sekali yang tinggal jauh di pedalaman,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan berkenaan kelmarin.

Bagaimanapun soal kebajikan kata Shamsul juga tidak akan dilupakan terhadap mereka yang benar-benar memerlukan sesuai dengan kaedah-kaedah syarak dalam menentukan bentuk keperluan mereka.

Sementara itu Pembantu Hal Ehwal Islam, Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Sri Aman, Ustaz Rizuandi bin Padil ketika berucap pada majlis itu berkata pihaknya akan sentiasa memberi kerjasama terhadap mana-mana pihak terutamanya TBS dalam memastikan keperluan golongan mu’allaf ini dapat dipenuhi.

“Ini kerana pemantapan Aqidah adalah matlamat utama dalam rencana golongan mu’allaf. Justeru pihak TBS dan PAIB Sri Aman sedang merangka pelan dakwah ijtima’i bagi melentur budaya dan corak pemikiran masyarakat Islam,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa pelan dakwah ijtima’i ini akan dapat menggarap aspek keutamaan di samping mengelak berlakunya polemik sampingan yang boleh mencetuskan perbalahan dikalangan umat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment