Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 April, 2011

Sumbangan pembangkang terhadap bekas tentera dipersoal


Caption : SYABAS...Latif menyematkan Pingat Jasa Malaysia di dada penerima sambil disaksikan (dari kiri sekali) Spencer, Nalang, Awang Raweng, Ramli, Monday, Harden dan Temenggung Kanang Langkau pada majlis itu.


SRI AMAN, Khamis (14 April) – Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Haji Abdul Latiff Ahmad mempersoalkan sumbangan pihak pakatan pembangkang dalam memelihara kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama ini.

Katanya pakatan pembangkang pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanya tahu mengelirukan pemikiran rakyat daripada memainkan peranannya untuk membantu hidup veteran ATM.

“Ia nyata berbeza dengan tindakan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang sering memperkenal pelbagai jenis bantuan terhadap semua veteran ATM atas sumbangan mereka menjaga keselamatan negara semenjak merdeka dahulu.

“Lagipun keprihatian BN terhadap veteran ATM jelas terbukti apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mengingati Awang Raweng (penerima pingat George Cross) dan membina rumah baru untuk beliau selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perjumpaan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia Bersama Veteran ATM Negeri Sarawak bertempat di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Justeru Latif ketika berucap pada majlis itu berharap agar pihak veteran ATM untuk terus berada di sisi kerajaan BN demi membolehkan kebajikan hidup mereka terus terpelihara dari masa ke semasa.

Hadir sama ialah calon BN untuk N.27 Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Ramli Jaafar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Mejar Monday Juhid, Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Sarawak, Spencer Girai dan Pengerusi PBTM Sri Aman, Nalang Selingau.

Latif pada majlis berkenaan telah menyempurnakan majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia kepada 10 orang penerima, cek Rayuan Hari Pahlawan 2010 kepada PBTM cawangan Sri Aman dan Saratok serta sumbangan Kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran lepada lapan orang veteran ATM Sarawak.

Tamat.

1 comment:

  1. Apa salah bantuan yang dihulurkan olih Pakatan Pembangkang kepada VETERAN? Merika berbuat demikian untuk *membeli* undi veteran kita semasa PRU 13 ini! Sama juga dengan parti-parti Barisan Nasional......merika juga akan dan telah memberi bantuan kepada VETERAN.....dengan harapan agar veteran akan mengundi BN pada PRU13 ini. Merika ini.......sama saja....2 kali 5.....dan 5 kali 2!

    ReplyDelete