Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 April, 2011

Sri Aman tuan rumah kejohanan takraw MSS Sarawak 2011 dari 3 - 6 Mei


Mugshot: MENJANG NIAH

SRI AMAN, Rabu (27 April) – Sri Aman akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Sarawak 2011 yang bakal berlangsung dari 3 hingga 6 Mei ini.
 
Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian, Sri Aman-Betong, Menjang Niah menerusi siaran medianya kelmarin memberitahu kejohanan kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman itu akan berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman.
 
“Sebanyak tiga buah kategori pertandingan diadakan menerusi Kejohanan Sepak Takraw MSS Sarawak 2011 ini nanti iaitu Kategori 12 Tahun Ke Bawah, 15 Tahun Ke Bawah dan 18 Tahun Ke Bawah.
 
“Kejohanan ini nanti bakal menyaksikan pasukan bagi Kategori 12 Tahun Ke Bawah bakal menjadi perlawanan pembukaan tirai bermula jam 8 pagi bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman itu pada 3 Mei kelak,” katanya.
 
Menjang juga turut menambah bahawa Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Mohd Yusop Lugom akan menyempurnakan majlis penangguhan rasmi kejohanan terbabit pada 6 Mei.
 
“Kejohanan Sepak Takraw MSS Sarawak 2011 ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada semua peminat sukan takraw di Sri Aman untuk menyaksikan saingan dalam perlawanan itu.
 
“Justeru semua penduduk dalam bandar ini dijemput untuk ke Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman bagi memeriahkan pertandingan itu pada tarikh yang dinyatakan,” menurut beliau.
 
Tamat...

No comments:

Post a Comment