Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2011

SMK Taee, Serian anjur Khemah Bersepadu


Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta bergambar kenangan sebaik sahaja tamat aktiviti terbabit baru-baru ini.

Oleh Cajetan Abang @ Bapak

SERIAN, Jumaat (15 April) - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taee, Serian telah mengadakan aktiviti Perkhemahan Bersepadu Unit-Unit Beruniform di tapak perkhemahan sekolah berkenaan baru-baru ini.


Siaran akhbar yang dihantar menerusi surat elektronik hari ini memberitahu aktiviti tahunan kegiatan ko-kurikulum itu menggabungkan sebanyak tujuh buah pasukan unit-unit beruniform dari sekolah terbabit.

“Tujuh buah pasukan unit beruniform SMK Taee ini adalah Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Polis, Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah dan Saint John Ambulan.

“Perkhemahan Bersepadu Unit-unit Beruniform pada tahun ini seperti biasa dilaksanakan selama tiga hari dua malam bertempat tapak perkhemahan SMK Taee,” menurut jurucakapnya Cajetan Abang menerusi siaran akhbar terbabit.

Untuk menjayakan majlis, pihak penganjur katanya telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti Malam Suai Kenal, Pengembaraan, Larian Cabaran, Masakan Rimba, Persembahan Kumpulan dan sebagainya.

Sementara itu Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Taee, Alex Dondong berkata kejayaan perkhemahan kali ini memberi gambaran baik terhadap jalinan kerjasama antara semua pihak termasuk pelajar dan guru.

Manakala Kem Komanden aktiviti tahunan tersebut iaitu Ustaz Mohd Musa pula menyifatkan perkhemahan sebegini dapat mendedahkan pelajar dengan cabaran hidup terutamanya di dalam hutan.

“Sesungguhnya aktiviti sebegini dapat banyak memberi manfaat dan pengalaman kepada 300 orang peserta yang sama-sama terlibat bagi menjayakan aktiviti tahunan kegiatan ko-kurikulum ini,” katanya.

Tamat.

2 comments:

  1. tapak perkhemahan smk taee dr dlu sampai sekarang msih sama original...terigat la zaman sekolah 1999-2003

    ReplyDelete
  2. smk da best skool 4ever......

    ReplyDelete