Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 April, 2011

SMK Melugu ungguli Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Daerah Sri Aman 2011





Caption: UNTUK ALBUM...Osman (duduk tengah) ketika bergambar kenangan bersama pemenang dan kakitangan pertandingan sebaik sahaja tamat perlawanan tersebut.

- 14 April

Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu telah mengungguli Pertandingan Tenis Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD) Sri Aman 2011 yang berakhir di Gelanggang Tenis Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman bermula 11 hingga 12 April lalu.

Ia terbukti apabila pasukan SMK Melugu muncul pemenang tempat pertama dan kedua bagi Kategori Persendirian serta Kategori Beregu sekaligus menundukkan saingan pasukan SMK Sri Aman selaku tuan rumah, SMK Saint Luke dan SMK Simanggang pada pertandingan itu.

Kategori Perseorangan bagi Pertandingan Tenis MSSD Sri Aman 2011 ini menyaksikan Raven Ujang dari SMK Melugu menundukkan William Kunjan juga dari sekolah yang sama dengan kemenangan set 6 – 0 dan 6 -3 pada perlawanan akhir.

Manakala itu Kategori Bergu pula menyaksikan pasangan Raven Ujang dan Jeremy Presley Anthony dari SMK Melugu menewaskan pasangan Albert Abas dan William Kunjan juga dari sekolah yang sama pada perlawanan akhir menerusi kemenangan set 6 – 3 dan 7 -6 pada perlawanan akhir itu.

Dengan kemenangan itu kesemua para pemenang telah membawa pulang piala dan pingat lalu secara tidak langsung membolehkan SMK Melugu muncul sebagai juara keseluruhan untuk Pertandingan Tenis MSSD Sri Aman 2011ini.

Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) SMK Sri Aman iaitu Haji Osman Bohari sambil disaksikan oleh Naib Presiden Persatuan Tenis Bumiputera Bahagian Sri Aman, Wan Sulaiman Wan Hasbi dan Pengerusi Teknik Tenis MSSD Sri Aman, Abdul Rahman Narawi.

Terdahulu Pertandingan Tenis MSSD Sri Aman 2011 kelolaan SMK Sri Aman dengan kerjasama Persatuan Tenis Bumiputera Bahagian Sri Aman ini bertujuan untuk memilih wakil Bahagian Sri Aman ke pertandingan tenis peringkat negeri yang akan berlangsung di Kuching pada awal bulan Mei tahun ini.

Pertandingan Tenis MSSD Sri Aman 2011 yang mula melabuhkan tirainya di Gelanggang Tenis Gelanggang Tenis Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman itu melibatkan penyertaan seramai 30 orang pelajar dari keempat-empat buah sekolah berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment