Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2011

Sertai Kejohanan Liga Futsal Bahagian Sri Aman bermula 29 April ini!



Mugshot: ZAIDIL HAJI RIPIN

- 15 April

Persatuan Bolasepak Bahagian Sri Aman (FASA) akan menganjurkan Pertandingan Liga Futsal Bahagian Sri Aman 2011 bertempat Kompleks Sukan Sri Aman bermula 29 April hingga 1 Mei nanti.

Setiausaha FASA, Zaidil Haji Ripin ketika dihubungi berkata pertandingan ini terbuka semua pasukan di Bahagian Sri Aman dengan para pemain mesti berusia 16 tahun ke atas dan telah bermastautin, bekerja atau belajar di di Sri Aman.

“Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 10 orang pemain yang hanya boleh bermain untuk satu pasukan sahaja bersama dengan dua orang pegawai ( pegawai tidak dibenarkan bermain),” katanya.

Katanya para pemain pasukan harus membawa salinan kad pengenalan bersama yang disertakan bersama borang pendaftaran dengan bayaran deposit bernilai RM50 dikenakan terhadap setiap pasukan yang mahu menyertai pertandingan ini.

Selain itu pertandingan peringkat awal ini kata Zaidil akan diadakan secara liga berkumpulan dan dua pasukan teratas akan layak ke pusingan seterusnya yang dilaksana dengan sistem kalah mati.

Justeru pasukan yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 013-5673629 atau Tahir Brahim di talian 019-8743288 untuk mendapatkan borang dengan bayaran sebanyak RM250 bagi satu penyertaan.

“Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan semula kepada saya atau Tahir di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sri Aman pada 26 April ini sekitar jam 5.00 Petang,” katanya sambil menambah bahawa pertandingan ini hanya terhad terhadap penyertaan 32 buah pasukan sahaja.

Terdahulu Pertandingan Liga Futsal Bahagian Sri Aman 2011 ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM1,000, piala dan pingat kepada pasukan juara.

Sementara itu pasukan naib juara bagi Pertandingan Liga Futsal Bahagian Sri Aman 2011 ini akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500 bersama piala serta pingat manakala pasukan pemenang tempat ke-3 pula membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300, piala dan pingat.

“Mesyuarat pengurus pasukan bagi tujuan pertandingan ini diadakan di Wiswa Persekutuan Jalan Kejatau Sri Aman, Blok 1, Tingkat 2 pada 27 April ini bermula jam 9 pagi,” katanya.

Tamat

No comments:

Post a Comment