Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 April, 2011

Serangan buaya di Sungai Lemanak 12 Januari : Ilik anak Intai terima bantuan cek daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman


Caption: PRIHATIN...Sharifah (kanan) menyampaikan cek bantaun kepada mangsa sambil disaksikan oleh isterinya di Rumah Sibat, Jelukong, Engkilili kelmarin.


ENGKILILI, Jumaat (29 April) – Mangsa serangan buaya di Sungai Lemanak, Engkilili pada 12 Januari lepas iaitu Ilik anak Intai, 55, telah menerima cek bantuan serangan binatang buas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman kelmarin.

Cek bantuan bernilai RM2,000 itu disampaikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim kepada Ilik sambil disaksikan oleh isteri mangsa iaitu Gani anak Jinba bertempat di Rumah Sibat, Jelukong, Engkilili.

Sharifah ketika ditemui berkata bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa berhubung serangan reptilia ganas berkenaan di sungai terbabit.

“Justeru pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman berharap agar mangsa bersama isteri dapat memanfaatkan bantuan tersebut sebaik mungkin selepas ini,” menurut beliau.

Terdahulu pada 12 Januari lepas, mangsa bersama isteri sedang berkayuh ke kawasan kebun di Sungai Lemanak, Engkilili sekitar jam 7.30 apabila seekor buaya muncul lalu menyambar lengan tangan kanannya.

Mangsa yang terhumban ke sungai akibat serangan terbabit bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri setelah memukul buaya tersebut dengan menggunakan pengayuh perahu berkenaan.

Mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dari situasi berbahaya ini kemudiannya berjalan kaki bersama isteri menuju pulang ke rumah sebelum dihantar oleh saudaranya ke Hospital Bahagian Sri Aman.
Tamat.

No comments:

Post a Comment