Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 April, 2011

Semua kaum digalak kenali budaya antara satu sama lain - Harden



Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS

SRI AMAN, Khamis (28 April) – Setiap kaum digalak untuk mengenali dan mempelajari budaya dan adat resam antara satu sama lain bagi menjayakan perlaksanaan konsep 1Malaysia selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Amal Kebajikan anjuran Pertubuhan Meninggikan Akhlak atau Chee Chuan Khor Simanggang di Deawan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Katanya dengan demikian perlaksanaan konsep 1Malaysia akan membawa lebih banyak makna terhadap semua penduduk berbilang kaum dalam negeri ini pada masa akan datang.

“Sebenarnya mempelajari budaya dan adat resam kaum antara satu sama lain akan memperkukuhkan lagi hubungan perpaduan yang sudah terjalin antara penduduk berbilang kaum dalam negeri ini.

“Kelebihannya di sini ialah perpaduan membolehkan kerajaan melaksana pelbagai projek pembangunan dengan lebih terurus dan lancar dalam negeri ini dari masa ke semasa,” katanya.

Harden juga mengalakkan persatuan untuk menganjur lebih banyak aktiviti bercorak kebudayaan dan adat resam demi mengeratkan lagi hubungan perpaduan antara kaum selepas ini.

Justeru beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berharap agar penduduk sedar bahawa hanya menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telus maka barulah perpaduan dapat diwujudkan dalam negara ini khasnya di Sarawak.

 
Hadir sama bagi memeriahkan suasana sambutan majlis adalah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pengerusi Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang, Kapitan Kuek Aik Seng serta ahli Jawatankuasa persatuan yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment