Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 April, 2011

Sempena Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 DUN Layar : 4 penjuru




Caption: SAH!!! Friday sedang mengumumkan nama calon pada pilihan raya negeri kelak. Turut kelihatan ialah (belakang dari kiri), Joe Unggang, Tan Sri Jabu, Stanny dan Tedewin.

Laporan oleh Saleman Senin,

Tauke Kilang Rojak Betong,

BETONG, Rabu (6 April) – Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10 bakal menyaksikan pertarungan empat penjuru bagi kawasan DUN N.31 Layar pada 16 April kelak.

Calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi ini iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang akan ditentang oleh Tedewin Ngumbang @ Kibak Datu dari Bebas, Stanny Embat Pharoh Laja daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) iaitu Joe Unggang.

Pencalonan Tedewin yang berlangsung di Pusat Penamaan Calon N.31 Layar, Pejabat Daerah Betong itu telah dilakukan pada jam 9.02 pagi sambil dicadang oleh Martin Agus dan disokong oleh Gilbert Libu Richard Mambang.

Stanny pula calon PKR mengemukakan borang pada jam 9.10 pagi. seterusnya Tedewin dari Bebas mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.15 paggi dan yang terakhir mengemukakan borang pencalonan ialah Datuk Patinggi tan Sri Dr Alfred Jabu sekitar jam 9.20 pagi.

Manakala itu pula pencalonan Stanny Embatt pula telah dilakukan pada jam 9.10 pagi sambil dicadang oleh Abit anak Bedindang @ Edmund Abit sambil disokong oleh Nicholas Apit anak Laja.

Sementara itu pula pencalonan Unggang pula telah dilakukan pada jam 9.15 pagi sambil dicadang oleh Dorise@ Brian Dorise anak Liben dan disokong oleh Reghinold Bandang anak Engkunya.

Penyandang kerusi DUN Layar iaitu Tan Sri Jabu sambil diiringi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melakukan pencalonan pada jam 9.20 pagi sambil dicadang oleh Kloni anak Kanang dan disokong oleh Haji Mohd Rajuna Omar.

Pengawai Pengurus Pilihan Raya N.31 Layar, Friday Belik mengumumkan proses bantahan bermula dari jam 10 hingga 11 pagi sebelum nama keempat-empat calon disahkan menjelang jam 12 tengahari untuk bertanding pada pilihan raya negeri kelak.

Bagaimanapun sedikit kekecohan berlaku di luar Pusat Penamaan Calon berkenaan apabila penyokong PKR cuba bertindak agresif terhadap seorang penyokong BN yang cuba mengambil gambar calon mereka.

Tamat.

No comments:

Post a Comment