Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 April, 2011

Sempena pilihan raya negeri DUN Sarawak Ke-10 : 'Kepulangan' Simoi ke Lingga amat diperlukan




Mug shot :

1. BAKTIAR MATHAN

2. MAS SHAMSHIAH


SRI AMAN, Isnin (4 April) – Pencalonan semula Hajah Simoi Haji Peri untuk bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Lingga pada pilihan raya ini nanti adalah merupakan berita baik untuk rakyat di sana.

Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga, Baktiar Mathan ketika dihubungi berkata pencalonan semula Simoi akan membolehkan pelan pembangunan kawasan DUN Lingga disambung semula selepas itu.

“Saya cukup gembira apabila mendapati bahawa pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau (Simoi) untuk bertanding semula di DUN Lingga pada pilihan raya negeri ini (16 April).

“Justeru saya berharap agar pengundi di kawasan DUN Lingga memberi kepercayaan semula kepada Simoi untuk menjadi wakil rakyat mereka untuk penggal kedua seterusnya selepas ini,” katanya.

Sementara itu Setiausaha cawangan PBB N.23 Lingga, Kaunselor Mas Shamsiah Haji Maslem pula berpendapat bahawa usaha Simoi untuk memperjuangkan hidup rakyat Lingga tidak sia-sia apabila dipilih semula untuk menjadi calon BN di situ bagi tujuan pilihan raya kali ini.

Simoi kata Shamsiah harus diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di Lingga bagi penggal kedua semenjak tahun 2006 dahulu memandangkan masih banyak lagi visi pembangunan beliau yang belum tertunai di situ hingga sekarang.

“Beliau sebenarnya merupakan wakil rakyat yang rajin. Kelulusan mengenai projek pembinaan Jalan Lingga – Sri Aman, projek penempatan semula Pulau Seduku dan pembinaan bangunan sekolah baru misalnya adalah merupakan sumbangan beliau sebagai wakil rakyat di sini.

“Dengan itu saya amat bersetuju di atas pencalonan semula Simoi bagi bertanding mempertahankan semula kerusi DUN Lingga demi kebaikan PBB pada pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Shamshiah merupakan salah seorang ahli PBB Lingga yang pernah memohon agar Simoi menarik semula hasrat pengundurannya untuk bertanding di DUN Lingga sempena pilihan negeri ini nanti pada minggu lepas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment