Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 April, 2011

Sempena pilihan raya negeri bagi DUN Batang Ai --> Mussen vs Bawin?




Mugshot :

1. MALCOM MUSSEN LAMOH

2. NICHOLAS BAWIN ANGGAT


LUBOK ANTU, Sabtu (2 April) – Spekulasi kini sudah bertiup kencang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai dengan dakwaan bahawa akan berlaku pertarungan satu lawan satu di situ pada pilihan raya negeri Ke-10 pada 16 April ini.

Pertarungan satu penjuru seperti mana yang diwar-warkan di kawasan Lubok Antu pada masa sekarang ialah membabitkan calon Parti Rakyat Sarawak (PRS), Malcom Mussen Lamoh dan calon Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Nicholas Bawin anak Anggat.

Mussen yang menyandang kerusi DUN Batang Ai semenjak pilihan raya kecil DUN terbabit pada tahun April 2009 lepas diwar-warkan akan mempertahankan kerusi itu sekali lagi pada pilihan raya negeri ini kelak.

Bagaimanapun muncul lagi khabar angin yang menyatakan bahawa Bawin akan membantu calon muka baru bagi bertanding di kerusi DUN Batang Ai terbabit daripada bertanding sendiri untuk menentang Mussen.

“Sumber mengatakan bahawa Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak (Bawin) sendiri akan membantu calon muka baru dari kawasan Lemanak untuk bertanding di kerusi DUN Batang Ai.

“Calon pihak pembangkang itu dikatakan masih muda. Namun sumber menafikan bahawa calon muka baru terbabit adalah Johnny Chuat iaitu pemilik Majalah Pegari dan Senawah pada masa sekarang,” kata sumber.

Sumber turut menambah bahawa pihak PKR kini sudah pun membuka bilik gerakan mereka di Batu 21, Lubok Antu dengan Bawin dikatakan sekarang sedang mengedarkan risalah parti terbabit dikalangan rakyat.

Manakala itu Mussen pula sudah selesai melalui upacara Sandau Ari di rumah panjangnya iaitu Danau, Engkilili pada minggu lepas sebagai adat persiapan untuk mempertahankan kerusi milik Barisan Nasional (BN) itu.

Tamat….

No comments:

Post a Comment