Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 April, 2011

Sediakan diri untuk SCORE - Nyalau


Caption: MANFAAT...Nyalau (kanan) menyampaikan cek MRP bernilai RM10,000 kepada wakil PIBG SK Sbangki (kiri) sambil disaksikan oleh Rayong (dua kanan) pada majlis itu.

ENGKILILI, Rabu (27 April) – Perlaksanaan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) di kawasan wilayah tengah Sarawak bakal menjana sejumlah 1.5 juta peluang pekerjaan apabila ia siap dilaksana kelak kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Justeru bagi mengisi kapasiti kekosongan kerja itu nanti, beliau telah menasihat para pelajar khususnya dalam kawasan Lubok Antu untuk mencapai status pencapaian akademik yang cemerlang sebelum layak memohon kerja di SCORE selepas ini.

“Dengan kata lain para pelajar khususnya dalam kawasan Lubok Antu perlu berusaha keras mulai sekarang untuk mencapai status pembelajaran yang tinggi dalam bidang akademik.

“Pelajar perlu cemerlang dalam bidang akademik sekiranya mereka mahu bersaing secara lebih sihat ketika mahu merebut peluang pekerjaan di SCORE pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Sekolah Kebangsaan (SK) San Semanju 2011 bertempat di Dewan Sri Kenyalang sekolah terbabit di Engkilili hari ini.

Selain itu kata Nyalau Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) perlu memainkan peranan penting sebagai sebuah ‘jambatan’ untuk menghubungkan penduduk dengan kerajaan di kawasan masing-masing.

Menurutnya, kerajaan memerlukan pertubuhan seperti JKKK sebagai sebuah saluran penting untuk menyampaikan pelbagai masalah yang mempunyai hubung kait dengan sesebuah kelompok penduduk terbabit kepada kerajaan.

“Dengan adanya fungsi JKKK itu, kerajaan tidak akan mempunyai sebarang kerumitan untuk mengenalpasti masalah berkenaan dan seterusnya melaksanakan program atau projek yang mampu menyelesaikan permasalahan berkenaan,” katanya.

Majlis yang dirasmikan oleh beliau turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat dan Pegawai JASA N.28 Engkilili, Edwin Ancheh.

Tamat.

No comments:

Post a Comment