Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 April, 2011

Satu undi dapat tentukan hala tuju pembangunan Sri Aman - Harden


Caption: TAHNIAH...Harden (kanan) menyampaikan sijil perlantikan terhadap Jamali kiri) sambil disaksikan oleh (dari kiri sekali) Saini, Masir dan Penghulu Haji Abdul Samad pada program terbabit.


SRI AMAN, Ahad (3 April) – Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis meminta rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pilihan raya negeri Ke-10 nanti.

Penyandang Kerusi DUN Simanggang itu berkata undi rakyat pada pilihan raya negeri Ke-10 pada 16 April ini bakal menentukan hala tuju pembangunan kawasan Sri Aman pada masa akan datang.

“Semua golongan lapiran rakyat harus sedar bahawa kerajaan dibentuk menerusi hasil undian mereka mahu pun pada pilihan raya negeri dan pilihan raya parlimen dalam negara ini.

“Satu undi boleh mengubah segala-galanya. Justeru saya meminta rakyat yang berkelayakan untuk turun mengundi pada pilihan raya kelak,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pentarama di Taman Harmoni, Sri Aman malam tadi.

Selain itu kata Harden kemajuan hidup rakyat mampu dijangkau lebih jauh selepas ini jika mereka bersama-sama menjayakan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

Rakyat akan mampu menikmati faedeh pembangunan yang lebih baik jika mereka terus menyokong kerajaan yang diteraju oleh komponen parti Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri nanti.

Terdahulu, Harden menerusi program berkenaan telah menyerahkan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM2,000 masing-masing kepada dua buah JKKK di Taman Harmoni dan lima buah zon dalam Kampung Muhibbah, Sri Aman.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat, Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong, Saini Bojeng, Temenggung Tan Chong Meng, Penghulu Lee Shiang Hua, Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim, Penghulu Haji Abang Mohd Salleh Haji Abang Kawi, kakitangan kerajaan dan ketua JKKK di sini.

Turut berlangsung pada program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sri Aman itu ialah penyampaian sijil pengiktirafan oleh Harden kepada Jamali Haji Idi sebagai Ketua Kampung bahi Kampung Paya Barat, Sri Aman sambil disaksikan oleh Masir dan tetamu jemputan khas yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment