Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 April, 2011

RELA turun padang bantu keluarga OKU di Batu Lintang


Caption: PRIHATIN...Khariri (tengah) bersama Bajuri (kanan) dan Abad (kiri) ketika bersama penduduk bergambar kenangan dengan salah seorang penerima iaitu Kalang pada majlis itu.


SRI AMAN, Khamis (14 April) – Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) meneruskan usaha kebajikannya dalam membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Sri Aman baru-baru ini.

Ia terbukti apabila pasukan RELA telah turun padang untuk menyampaikan bantuan kebajikan kepada empat orang OKU dari Rumah Untol, Batu Besai Ulu dan Rumah Connie, Panggau, Batu Lintang, Sri Aman.

Bantuan pertama RELA iaitu tongkat dan hamper telah disumbangkan kepada Madelini anak Gerejok, 29, dari Rumah Untol, Batu Besai Ulu yang mengalami masalah lemah untuk berjalan dengan kedua-dua kaki selama ini.

Manakala itu bantuan kedua RELA berupa kerusi roda, pampers dan hamper pula telah disampaikan kepada Elevis anak Awil, 14, juga dari Rumah Untol yang mengalami masalah hilang upaya untuk berjalan.

“Seorang lagi penduduk yang menerima bantuan berupa kerusi roda dan hamper daripada pihak RELA ialah Kalang anak Undin, 57, dari Rumah Connie,Panggau, yang mengalami masalah hilang upaya untuk berjalan.

“RELA juga turut menyampaikan bantuan berupa hamper dan pampers kepada Leonard Beji,18, juga dari Rumah Connie yang hilang upaya selama ini,” kata jurucakap penganjur program berkenaan.

Justeru pihak RELA berharap agar para penerima dari Rumah Untol dan Rumah Connie dapat memanfaatkan sebaik mungkin bantuan kebajikan yang mereka untuk kebaikan diri masing-masing selepas ini.

Pengarah RELA Negeri Perak, Khariri bin Abu Hassan telah menyampaikan bantuan terbabit kepada penerima sambil disaksikan oleh Pegawai RELA Daerah Pasir Panas Kelantan, Abas bin Saud, Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Bajuri Haji Adon dan Penolong Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Joshua Ijau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment