Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 April, 2011

RELA Sri Aman terima 100 anggota baru


Caption: UNTUK KENANGAN...Bajuri (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama penduduk Rumah Untol sebaik sahaja tamat ceramah terbabit kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (7 April) – Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman telah menganjurkan Kursus Pengenalan RELA 2011 bertempat di Rumah Untol, Batu Besai Ulu, baru-baru ini.

Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel Bajuri Haji Adon ketika ditemui berkata Kursus Pengenalan RELA 2011 ini membabitkan penyertaan seramai 100 orang penduduk dari tiga buah rumah panjang dari sekitar daerah Sri Aman antaranya ialah Panggau, Batu Besai Ulu dan Batu Besai Ili.


“Tujuan utama Kursus Pengenalan RELA 2011 ini diadakan adalah untuk menerangkan beberapa perkara asas dalam pertubuhan sukarelawan ini antaranya termasuklah mengenai carta organisasi, peranan, tugas dan tanggungjawab sebagai anggota RELA.


“Kursus Pengenalan RELA 2011 ini turut menerangkan nilai-nilai disiplin yang perlu ada pada setiap anggotanya ketika melaksanakan tugas diri masing-masing,” katanya sambil menambah RELA mempunyai sejumlah 3,136 orang anggota pada masa sekarang.

Beliau juga mengalakkan penyertaan lebih ramai golongan belia dalam pasukan RELA Sri Aman demi mengurangkan pembabitan golongan tersebut dalam aktiviti tidak sihat selepas ini.

Terdahulu Bajuri telah menyampaikan sejumlah 100 pasang pakaian seragam RELA kepada anggota baru dari tiga buah rumah panjang tersebut dalam menerusi program berkenaan.

Beliau pada program kursus itu juga turut menyampaikan sejumlah 30 kad keahlian RELA sambil disaksikan oleh Penolong Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Mejar Joshua Ijau dan Mejar Mohd Ajim Awang Ibrahim.

Tamat.

No comments:

Post a Comment