Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 April, 2011

RELA diminta lebih proaktif jaga keselamatan penduduk - Harden


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (tengah) bergambar kenangan bersama tetamu khas dan anggota RELA ketika berlangsungnya program di Semujok kelmarin.


SRI AMAN, Isnin (11 April) – Pasukan Relawan Ikatan Rakyat (RELA) diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dalam menjaga keselamatan hidup penduduk di kawasan Sri Aman dari masa ke semasa.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata RELA boleh memainkan peranan mereka dengan membantu pihak penguatkuasa undang-undang negara seperti polis demi menjayakan tujuan itu.

“Malah kita juga meminta pihak RELA untuk lebih serius menangani kemasukan golongan Pendatang Asing Tanpa Izin (RELA) ke negeri ini dengan melakukan banyak operasi sekerap yang mungkin.

“Dengan cara ini keselamatan hidup penduduk terutama sekali dari kawasan luar bandar akan lebih terjamin jika pihak RELA lebih proaktif melaksanakan tanggungjawab mereka bagi tujuan itu,” katanya.

Beliau yang juga calon BN untuk kerusi DUN N.27 Simanggang berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Upacara Simbolik Penyerahanan Pakaian Seragam RELA di Rumah Edward Gantong, Semujok, Batu Lintang petang kelmarin.

Selain itu Harden juga mahu pihak RELA mengalakkan kemasukan lebih ramai golongan belia dalam pasukan tersebut demi memantapkan lagi aspek penjagaan keselamatan di Sri Aman.

“Usaha oleh pihak RELA ini juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada penurunan pembabitan golongan belia dalam masalah sosial di kawasan masing-masing selepas ini.

“Justeru saya berharap agar pasukan RELA dibarisi oleh ramai golongan belia Sri Aman pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah RELA Negeri Perak, Khariri bin Abu Hassan, Pegawai RELA Daerah Pasir Panas Kelantan, Abas bin Saud dan Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Bajuri Haji Adon.

Sejumlah tiga buah platun RELA iaitu dari kawasan Semujok, Ulu Paku dan Semukoi menerima pakaian seragam menerusi upacara penyerahan yang disempurnakan oleh Harden.

Tamat.

No comments:

Post a Comment