Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 April, 2011

Rakyat harus pastikan BN menang - Rohani


Caption: MESRA...Rohani (tengah) ketika sedang berbual bersama tetamu khas antaranya ialah (dari kiri) KK Mazaman, Zaidi, Mas Mashore dan Yusli pada majlis itu.


SRI AMAN, Selasa (5 April) – Rakyat harus memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan masing-masing pada pilihan raya negeri ini nanti kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim.

Katanya, kerajaan yang diteraju oleh Barisan Nasional (BN) berupaya memberi kesenangan terhadap terhadap hidup rakyatnya menerusi perlaksanaan pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing.

“Kawasan Parlimen Batang Lupar misalnya menunjukkan proses transformasi pembangunan yang ketara seperti Projek Agropolitan Batang Lupar, Penempatan Semula Pulau Seduku dan banyak lagi.

“Kesemua ini adalah hasil sokongan padu semua rakyat terhadap kerajaan BN selama. Justeru saya berharap agar rakyat terus mengulangi sokongan yang sama terhadap BN pada pilihan raya negeri nanti,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap merasmikan Malam Mesra Bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Engkabang di sini baru-baru ini.

Selain itu Rohani juga meminta rakyat agar tidak menyokong kehadiran calon pembangkang yang mahu meraih sokongan politik daripada mereka menjelang pilihan raya ini.

“Kerajaan BN adalah yang terbaik untuk rakyat jika mereka masih mahu menikmati pembangunan dan jangan sesekali memberi kemenangan terhadap pihak pembangkang kelak,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohd Yusli Nasir, Pegawai Sosial Pejabat Residen, Zaidi Sarkawi, Ketua Kampung Tanjung Engkabang, Haji Abang Mazaman dan Pengerusi KRT Tanjung Engkabang, Mas Mashore Haji Maslem.

Tamat.

No comments:

Post a Comment