Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 April, 2011

Rakyat DUN Layar dinasihat agar lebih matang ketika buang undi, Jabu


Caption: MANFAATKAN...Jabu sedang menyampaikan cek kepada seorang penerima ketika berlangsungnya majlis berkenaan.


BETONG, Khamis (31 Mac) – Rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar dinasihat agar lebih matang ketika membuang undi pada pilihan raya negeri Ke-10 pada 16 April depan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata kini pihak Parti KeAdilan Rakyat (PKR) sedang berkempen di beberapa kawasan dalam DUN Layar demi meraih sokongan politik daripada mereka.

“Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad pernah memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pemimpin PKR sekarang daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dahulu kerana dasarnya yang tidak betul.

“Bagaimanakah rakyat boleh menyokong sebuah parti pembangkang (PKR) yang diketuai oleh orang seperti ini (Anwar)? Justeru saya meminta rakyat dalam kawasan DUN Layar untuk terus menyokong BN pada pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Untuk Baikpulih Dan Bantuan Lain Bagi Kawasan Betong di Dewan Panglima Rentap Betong hari ini.

Selain itu Jabu juga berharap agar pihak pembangkang meneliti dahulu kepesatan pembangunan di kawasan Betong jika benar-benar mahu bertanding menentang Barisan Nasional (BN) pada 16 April kelak.

“Lagipun rakyat dalam kawasan Layar (Betong) sudah masak terhadap sumbangan kerajaan BN dalam pembangunan hidup mereka dan mereka tahu memilih mana parti yang layak untuk memimpin hidup mereka selepas ini,” katanya.

Terdahulu, Jabu telah menyampaikan cek bantuan kepada baikpulih rumah panjang, kampung melayu, masyarakat Cina dan pertubuhan bukan kerajaan di Betong yang mencatat nilai keseluruhan bernilai RM1,632,600 pada majlis itu.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis berkenaan ialah Residen Bahagian Betong, Datuk Romie Sigan Daniel, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Isik Utau dan Temenggung Lunong Dandan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment