Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 April, 2011

Proses Penamaan Calon untuk Pilihan raya Negeri Ke-10 diistyihar selamat - Hishammudin


Caption: PENGHARGAAN...Bajuri (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Hishammudin (kanan) sambil disaksikan oleh Harden (tengah) dan Masir (kanan sekali) pada majlis itu.


SRI AMAN, Rabu (6 April) – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengisthiyarkan bahawa Hari Penamaan Calon yang berlangsung di 71 buah Pusat Penamaan Calon dalam negeri ini telah berjalan dengan lancar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pertemuan Menteri Dalam Negeri Bersama Relawan Ikatan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman di Mini Stadium Sri Aman hari ini.

“Pihak kita tidak menerima laporan berhubung sebarang insiden yang berlaku di kesemua 71 buah Pusat Penamaan Calon bersempena dengan Hari Penamaan Calon yang berlangsung pada hari ini.

“Ini laporan yang amat membanggakan pihak kita. Ia petanda baik yang menunjukkan bahawa proses Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10 akan berjalan dengan lancar selepas ini,” katanya.

Selain itu Hishammudin juga menafikan tuduhan pihak pembangkang yang mendakwa bahawa RELA akan diperalat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘tentera’ utama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil menganggap bahawa pihak pembangkang memperlekeh peranan pihak RELA, kerajaan BN kata beliau sebenarnya sentiasa berusaha untuk menjadikan pasukan itu paling ke hadapan agar ia releven dengan kehendak pembangunan negara selepas ini.

“Saya berharap agar anggota RELA tidak mudah terpedaya dengan politik pihak pembangkang mulai sekarang memandangkan pasukan ini merupakan benteng kuat kerajaan dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama ialah Penyandang Kerusi DUN Simanggang, Datuk Francis Harden anak Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat, Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel Bajuri Haji Adom, para pegawai RELA, anggota dan ketua kaum di sini.

Hishammudin pada majlis itu turut menyempurnakan majlis penyerahan pakaian seragam RELA dan kad ahli kepada para anggota RELA Daerah Sri Aman sambil disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain.

Tamat

No comments:

Post a Comment