Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2011

Proses buang undi di Engkilili berjalan lancar


Caption: WAJIB….Dr Rayong ketika membuang undi di SK Kem Skrang bagi tujuan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-10 yang berlangsung pada hari ini.


ENGKILILI, Sabtu (16 April) – Proses pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.28 Engkilili berjalan dengan lancar apabila cuaca baik membolehkan pemilih berdaftar mula memasuki pusat pengundian pada jam 7.45 pagi.

Rata-rata para pemilihan berdaftar yang terdiri daripada majoriti penduduk kaum Iban telah membanjiri pusat penamaan calon di sini kira-kira 15 minit sebelum pusat itu dibuka secara rasmi bagi tujuan itu.

Calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) iaitu Dr Johnnical Rayong anak Ngipa telah membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Skrang, Engkilili.

Beliau telah membuang undi di saluran dua sekitar jam 8.45 pagi di pusat pembuangan undi SK Kem Skrang ini sebelum melawat ke beberapa buah pusat pembuangan undi bagi DUN Engkilili.

Antara pusat membuang undi yang dilawati Rayong ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sedarat, Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Engkilili, Sekolah Bantuan Chung Hua Engkilili dan SK Engkilili N0.1 dan SK Ridan.

Terdahulu beliau menghadapi Marudi @ Barudi anak Mawong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Semijie Janting, dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan calon Bebas Jimmy Simon Maja bagi pilihan raya negeri untuk kawasan DUN Engkilili.

Pada pilihan raya umum 2006, Rayong yang ketika itu bertanding atas tiket SNAP telah berjaya mendapat sejumlah 3,442 undi untuk menewaskan Johnathan Krai Pilo (BN) yang memperoleh sejumlah 3,016 undi iaitu dengan kelebihan 426 undi.

Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.00 petang manakala keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam dan SPR menjangkakan jumlah keluar mengundi akan mencecah 75 peratus.

Tamat...

No comments:

Post a Comment