Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 April, 2011

Pertandingan Pidato 1 Malaysia (Bukan Melayu) di Betong pada 6 - 7 Mei ini


Mugshot: SAINI BOJENG


SRI AMAN, Isnin (25 April) – Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak akan mengadakan Pertandingan Pidato 1Malaysia (Bukan Melayu) Peringkat Begeri Tahun 2011 di Dewan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong bermula dari 6 hingga 7 Mei ini.

Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong, Saini Bojeng memberitahu Pertandingan Pidato 1Malaysia (Bukan Melayu) Tahun 2011 yang bertemakan Gagasan 1Malaysia Wadah Perpaduan Nasional ini dibuka kepada rakyat Malaysia bukan Melayu yang berumur 18 tahun ke atas.

Tajuk Pidato katanya adalah seperti berikut: Pendidikan Wadah Perpaduan Bangsa, Memperkasa Bahasa Mendaulatkan Bangsa, Bersatu Dalam Kepelbagaian Budaya, Rukun Negara Menyatupadukan Bangsa, Nilai-Nilai Murni Memperkasakan Perpaduan, Bersatu Teguh Bercerai Roboh dan Perpaduan Pemangkin Wawasan Negara.

Mereka yang berminat menurut beliau boleh mendapatkan borang penyertaan di Pejabat Penerangan Daerah Betong, Saratok, Lubok Antu dan Sri Aman sebelum atau pada tarikh tutupnya iaitu 27 April ini.

“Syarat-syarat pertandingan juga boleh didapati di pejabat berkenaan. Justeru diharap agar mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan tersebut mulai sekarang sebelum tarikh tutup itu nanti,” kata Saini.

Beliau turut menambah bahawa pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM1,500 kepada johan, RM1,000 untuk naib johan, RM500 untuk pemenang tempat ketiga dan hadiah wang saguhati bernilai RM200 seorang kepada lima orang peserta.

Terdahulu Pertandingan Pidato 1Malaysia (Bukan Melayu) Peringkat Begeri Tahun 2011 sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 29 dan 30 April ini di Dewan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.

Namun faktor pilihan raya umum yang baru sahaja tamat pada 16 April lepas telah menyebabkan tarikh tutup pertandingan terbabit dilanjutkan ke 27 April disamping memberi lebih banyakn peluang untuk rakyat menyertai pertandingan itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment