Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 April, 2011

Perang Poster Sri Aman bermula



Caption: SEDIA...Kakitangan SUPP sedang mendirikan sepanduk atas bumbung stesen perhentian teksi Sri Aman pada 6 April lepas.


SRI AMAN, Sabtu (9 April) – ‘Perang’ poster dan bendera bersempena dengan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April ini juga tidak kurang hebatnya di Bandar Sri Aman.

Sebaik sahaja penamaan calon selesai pada tengahari 6 April lepas, kakitangan parti kerajaan dan pembangkang memulakan kerja pemasangan poster, sepanduk dan bendera dalam kawasan sekitar bandar.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati parti Barisan Nasional (BN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan antara tiga buah pihak yang paling tampak memulakan ‘perang’ terbabit dalam Bandar Sri Aman.

Poster calon BN – Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk DUN 27 Simanggang, Datuk Francis Harden anak Hollis dilihat terpampang di kawasan bulatan Jalan Hospital, di premis bangunan perniagaan di Jalan Kelab, stesen bas dan banyak lagi kawasan lain.

Poster BN yang memaparkan wajah pemimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud turut dipasang di sepanjang laluan Jalan Hospital.

Parti DAP juga tidak mahu mengalah apabila mereka mendirikan dua papan iklan besar yang mempamerkan wajah calon untuk DUN N.27 Simanggang dan motto parti iaitu Leon Jimat Donald berdekatan dengan Stesen Bas Sri Aman dan laluan bulatan berdekatan bangunan Everise.

Utusan Sarawak juga turut mengesan bahawa terdapat poster calon BEBAS untuk DUN N.23 Lingga yang ditampal di dinding tapak pembuangan sampah dengan bendera PKR berkibar megah di sebuah rumah penduduk di Kampung Hilir Sri Aman.

Secara keseluruhannya perang poster dan bendera di Bandar Sri Aman boleh dianggap yang paling menarik pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak kali ini dengan pertarungan satu lawan satu untuk DUN Simanggang dan tiga penjuru untuk DUN Lingga.

Tamat.

No comments:

Post a Comment