Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 April, 2011

Perang poster di Simunjan bermula



Caption: SIBUK...Razali ketika sedang melakukan kerja pemasangan bendera BN di Pekan Simunjan kelmarin.


SIMUNJAN, Khamis (7 April) – Barisan Nasional (BN) di Simunjan kini sudah memulakan kempen ‘perang’ poster di sekitar Pekan Simunjan sebaik sahaja selesai Hari Penamaan Calon di situ kelmarin.

Ia boleh dilihat apabila para petugas parti memulakan kerja memasang poster dan bendera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kawasan tepi jalan raya dan bangunan perniagaan.

Ahli Jawatankuasa Pemuda PBB cawangan Simunjan (Ranting Zon 2) yang diketuai oleh Razali bin Dan, 38, ketika ditemui memberitahu mereka mula memasang bendera BN sejak awal pagi dengan dibantu 20 orang petugas.

“Sebaik sahaja tamat proses penamaan calon kelmarin, para petugas parti-parti yang bertanding mula mengorak langkah untuk berkempen dengan memasang poster dan bendera..

“Contohnya boleh anda lihat apabila kawasan Pekan Simunjan mula dihiasi dengan bendera dan poster BN semenjak kelmarin di Kampung Nanas dan Jalan Pasar Baru,” menurut beliau.

Beliau turut menambah bahawa akan lebih banyak lagi poster dan bendera dipasang di tempat-tempat strategik dalam masa terdekat nanti bersempena dengan Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April.

Terdahulu BN telah mencalonkan Haji Mohd Naroden Majais untuk bertanding mempertahankan kerusi DUN N.21 Simunjan daripada calon PKR, Dr Mansor Hussen, Zaini bin Le’ (Bebas) dan Mac Palima ak Nyambil (PCM).

Tamat.

1 comment:

  1. BARISAN NASIONAL BOLEH!!!!!!!!!!!!GAGO DAK PAS N PKR YA..........

    ReplyDelete