Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 April, 2011

Penyokong pembangkang di Engkilili diminta pulang ke BN kata Rayong




Caption: RASMI...Rayong sedang meniup lilin sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh Nyalau (kanan) dan tetamu khas yang lain pada majlis itu.

ENGKILILI, Rabu (27 April) – Rakyat terutama sekali dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili yang menyokong pihak pembangkang pada pilihan raya lepas untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN) selepas ini.

ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau Sekolah Kebangsaan (SK) San Semanju 2011 bertempat di Dewan Sri Kenyalang sekolah terbabit di Engkilili hari ini.

Katanya rakyat kawasan Engkilili masih memerlukan pimpinan kerajaan BN dalam memaju dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan demi kebaikan hidup mereka dari masa ke semasa.

“Saya tetap memaafkan rakyat di sini yang tidak menyokong BN pada pilihan raya lepas. Pentingnya di sini ialah rakyat tidak harus berpecah-belah hanya disebabkan oleh perselisihan politik yang berbeza.

“Lagipun projek pembangunan tidak akan dapat dilaksana dengan penuh lancar di Engkili jika rakyat di sini tidak bersatu hati dan saling bertelagah antara satu sama yang lain,” katanya.

Rayong pada ucapannya itu juga berharap agar rakyat di kawasan Engkilili tidak mempersiakan masa depan pembangunan dalam kawasan masing-masing dengan menyokong pembangkang pada pilihan raya parlimen akan datang.

Katanya kesenangan hidup rakyat di Engkilili hanya boleh dijamin oleh kerajaan BN yang sememangnya sudah cukup berpengalaman dalam mentadbir pembangunan negeri Sarawak sejak dahulu lagi.

“Justeru saya berharap agar rakyat di sini faham bahawa hanya kerajaan BN yang berkeupayaan untuk menaiktaraf hidup semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama,” katanya.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak itu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat dan Pegawai JASA N.28 Engkilili, Edwin Ancheh.

Tamat.

No comments:

Post a Comment