Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 April, 2011

Pengundi Cina dingat agar jangan sokong pembangkang - Tajuddin


Caption: PRIHATIN...Tajudin (tengah) ketika bergambar kenangan bersama penerima kerusi roda pada majlis itu sambil disaksikan oleh Juzilman (kanan) pada majlis itu.


LINGGA, Jumaat (8 April) – Pengundi kaum Cina di Kuching, Sibu dan Bintulu diingatkan agar tidak mudah terperdaya dengan kempen politik oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato Haji Tajuddin Abdul Rahman berkata pengundi kaum Cina di ketiga-tiga kawasan itu harus sedar bahawa pihak pembangkang hanya pandai cakap banyak bak kata perpatah Melayu ada menyebut: Dengar Guruh Di Langit, Air Dalam Tempayan Habis Dibuang.

“Lagipun kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) banyak memberi kesenangan terhadap hidup orang Cina. Justeru untuk apa menyokong pihak pembangkang yang gagal memberi sumbangan pembangunan di negeri yang mereka telah ‘tawan’ sebelum ini?”katanya.

Beliau yang juga Pengerusi FELCRA Berhad berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tamat merasmikan Majlis Lawatan Kerja ke tapak Projek Agropolitan Batang Lupar di Penempatan Baru Kampung Pulau Seduku, Lingga hari ini.

Selain itu Tajuddin juga turut mengingatkan semua rakyat Sarawak bahawa perjuangan PKR sebenarnya adalah untuk membebaskan Anwar dari segala masalah dan bukannya untuk memperjuang hidup mereka.

“Saya yakin rakyat Sarawak terdiri daripada pengundi yang tulus serta ikhlas dan tidak mudah terpedaya dengan janji-janji pihak pembangkang menjelang pilihan raya nanti,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Haji Juzilman Basir, Pengurus Besar Kewangan FELCRA, Haji Ramli Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Peserta FELCRA, Haji Ku Rozi Mohd Isa, Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sarawak, Ali Muhammad dan Ketua Kampung Baru Pulau Seduku, Salleh Jun.

Tajuddin turut menyempurnakan upacara penyerahan kerusi roda, hamper kepada Ibu Tunggal, wang sekolah murid SK Pulau Seduku dan kunci rumah bagi rakyat kurang berkemampuan pada majlius berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment