Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 April, 2011

Penduduk Taman Bayu B minta kontraktor buang longgok tanah


Caption: MINTA PEMBAIKAN...Jalan di Taman Bayu B kian sempit akibat longgokan tanah parit yang kini sudah ditumbuhi rumput.


SRI AMAN, Jumaat (8 April) – Penghuni Taman Bayu B, Sri Aman merayu pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan laluan jalan dalam kawasan penempatan mereka yang kian sempit pada masa sekarang.

Seorang penghuni yang enggan namanya disiarkan mendakwa longgokan tanah di tepi longkang dalam taman perumahan mereka menjadi punca kepada berlakunya masalah berkenaan.

“Tanah terbabit dilonggokan oleh para kontraktor yang telah melaksanakan kerja mengeluarkan tanah dari dalam parit bagi mengurangkan masalah banjir akibat parit tersumbat selama ini.

“Bagaimanapun masalahnya di sini ialah para kontraktor ini tidak membuang longgokan tanah terbabit. Akibatnya ialah rumput tumbuh di atas longgokan tanah berkenaan sehingga menyempitkan jalan,” katanya.

Justeru beliau berharap agar pihak berkuasa tempatan dapat mengerahkan pihak kontraktor untuk melaksanakan kerja membuang longgokan tanah terbabit bagi kebaikan penghuni Taman Bayu B selepas ini.

“Kami juga merayu pihak berkuasa tempatan untuk sering memantau keadaan parit di kawasan Taman Bayu B bagi mengelakkan berlakunya kejadian banjir dari masa ke semasa,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment