Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 April, 2011

Penduduk Pulau Seduku bakal nikmati faedah Ladang Sejahtera dalam tempoh 4 tahun akan datang


LINGGA, Jumaat (8 April) – Penduduk di penempatan baru Kampung Pulau Seduku, Lingga dijangka akan dapat menikmati hasil Projek Ladang Sejahtera dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Pengerusi FELCRA Berhad, Dato Haji Tajuddin Abdul Rahman berkata Projek Ladang Sejahtera yang membabitkan penanaman kelapa sawit dan getah itu terangkum di bawah Projek Agropolitan Batang Lupar.

“Projek Ladang Sejathera mampu memberi pulang dividen antara RM1,000 hingga RM1,500 kepada semua peserta (penduduk Kampung Pulau Seduku) apabila ia sudah mengeluarkan hasil nanti,”katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Majlis Lawatan Kerja ke tapak Projek Agropolitan Batang Lupar di Penempatan Baru Kampung Pulau Seduku, Lingga hari ini.

Selain itu pihak FELCRA Berhad kata Tajuddin juga akan meneruskan usaha menyiapkan Projek Agropolitan Batang Lupar yang menelan kos perlaksanaan sebanyak RM93 juta.

“Pihak kita masih meneruskan kerja membina infrastruktur sosial seperti surau, tadika, dewan serbaguna dan sekolah di penempatan baru Kampung Pulau Seduku yang dijangka bermula tahun ini.

“Justeru diharap agar projek Agropolitan Batang Lupar hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) ini akan dapat mengeluarkan penduduk Pulau Seduku dari kelompok kemiskinan selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Haji Juzilman Basir, Pengurus Besar Kewangan FELCRA, Haji Ramli Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Peserta FELCRA, Haji Ku Rozi Mohd Isa, Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sarawak, Ali Muhammad dan Ketua Kampung Baru Pulau Seduku, Salleh Jun.

Tajuddin turut menyempurnakan upacara penyerahan kerusi roda, hamper kepada Ibu Tunggal, wang sekolah murid SK Pulau Seduku dan kunci rumah bagi rakyat kurang berkemampuan pada majlius berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment