Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 April, 2011

Pembangkang kejab hilang kejab ada - rayong


Caption: SOKONGLAH BN! Rayong sedang menyampaikan amanatnya kepada rakyat ketika berkempen di Mejong malam tadi.


ENGKILILI, Selasa (12 April) – Pihak pembangkang akan menghilangkan diri sebaik sahaja tamat Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10 pada 16 April kelak.

Justeru calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN N.28 Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa mengingatkan rakyat agar tidak terlalu mengharap kepada janji yang ditaburkan oleh pihak terbabit kepada mereka mulai sekarang.

“Ke mana pergi janji mereka sebaik sahaja tamat pilihan raya nanti? Pihak pembangkang lazimnya akan menghilangkan diri daripada pandangan mata rakyat sebaik sahaja tamat pilihan raya kelak.

“Pihak pembangkang hanya akan dapat dilihat semula pilihan raya yang akan datang iaitu ketika mereka mahu meraih sokongan politik daripada rakyat,” katanya ketika berkempen di Rumah Anggang, Mejong Ulu Skrang, Engkilili malam tadi.

Beliau juga menasihatkan rakyat terutama sekali di kawasan DUN Engkilili untuk terus menyokong calon BN demi meneruskan agenda pembangunan kerajaan di kawasan ini selepas pilihan raya kelak.

Rakyat kawasan luar bandar di Engkilili kata Rayong harus bergantung kepada pihak BN agar pelan rancangan pembangunan kerajaan di kawasan mereka sebelum ini dapat diteruskan selepas itu.

“Saya meminta rakyat untuk melihat sumbangan kerajaan BN yang nyata mengubah hidup mereka pada masa sekarang dari segala aspek termasuk kemudahan infrastruktur asas, perhubungan dan banyak lagi,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment