Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 April, 2011

Pelan cadangan pembinaan SMK Pantu masih dikaji - Masir


Caption: SERIUS...Masir ketika sedang berucap merasmikan majlis berkenaan di sini malam tadi.

SRI AMAN, Selasa (12 April) – Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berharap agar kerajaan meluluskan secepat mungkin pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantu yang baru selepas ini.

Kata beliau ia bertujuan untuk mengurangkan masalah kepadatan pelajar di sekolah-sekolah kebangsaan menengah yang sedia ada di Bahagian Sri Aman pada masa sekarang.

“Pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin tidak perlu pergi jauh lagi untuk menyambung pelajaran ke tingkatan satu jika sekolah menengah baru ini dibina di kawasan Pantu mahupun Lachau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bersama Warga Pendidikan dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Daerah Sri Aman bertempat di Hootel Sri Aman malam tadi.

Masir juga sudah menghantar surat berhubung pembinaan sekolah terbabit kepada Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dan jawapannya ialah kerajaan sedang menyiasat kemungkinan akan membina sekolah menengah baru itu di kawasan Pantu.

“Justeru diharap agar kerajaan menerusi pihak Kementerian Pelajaran mengkaji dengan lebih terperinci mengenai permohonan pembinaan sekolah menengah baru terbabit dengan segera,” katanya.

Sementara itu beliau pada ucapannya juga berharap agar pihak Kementerian Pelajaran untuk melakukan kerja menaiktaraf SMK Balai Ringin yang menghadapi masalah bangunan kian uzur dan jumlah pelajar makin meningkat pada masa sekarang.

Terdahulu Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi telah merasmikan Program Bersama Warga Pendidikan dan PIBG Daerah Sri Aman berkenaan.

Hadir sama ialah wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Haji Abdul Rahman bin Bolhasan, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Mohd Yusop Lugom, para pengetua, guru besar dan guru di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment