Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 April, 2011

Mahu makan steamboat? panggang? mari makan di Restoran Alisan, Sri Aman



Francis Linggi (tengah) : "Hahahaha makan sampai kenyang hahahahaha makan! makan! Free free!!"
Edwin Nanggah (kanan) : "Aku porut sudah mau pecah tapi masih aku mau makan..nyawa aku bam,"
John Mukan (kiri) : "Erm..?? ermmm...??? u udang masih dalam mulut,"




SEDAP...Beberapa ramuan Steamboat Barbeque berkonsepkan buffet sedang disedia untuk tujuan itu oleh Restoran Alisan Sri Aman.

MENARIK...Restoran Alisan Sri Aman juga turut memperkenalkan menu Burung Puyuh Masak Bodo mulai sekarang.

MULA KERJA...Augustine (kiri) bersama anaknya, Majory (kanan) ketika memulakan kerja memanggang beberapa ramuan Steamboat Barbeque berkonsepkan buffet di restorannya.

BOLEH CUBA...Fillet ikan, fillet sotong, udang, lime chicken dan daging lembu ketika sedang di panggang menggunakan peralatan khas bernilai lebih ribuan ringgit.

UNTUK PELANGGAN...Menu Steamboat Barbeque berkonsepkan buffet sedang dipamerkan kepada pelanggan yang mahu mencuba hidangan terbabit secara layan diri.

MARI DATANG...Augustine (tengah) bersama isteri, Rani (kiri) dan anaknya, Majory (kanan) ketika mempromosi hidangan Steamboat Barbeque berkonsepkan buffet bersama kakitangan muslim Restoran Alisan Sri Aman.

- 20 April

Adakah anda merupakan peminat makanan yang dimasak secara panggang (Barbeque @ BBQ @ grill) mahupun makanan yang dimasak secara ‘steamboat’ (makanan direbus dalam air)?

Jika ya, maka anda haruslah tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan halal Steamboat Barbeque berkonsepkan buffet yang julungkalinya diperkenalkan dalam Bandar Sri Aman oleh Restoran Alisan di Lot 120, Jalan Counsil bermula minggu lepas.

Semenjak pengurusan baru restoran terbabit diambilalih oleh seorang penduduk bumiputera iaitu Augustine Sait daripada pemilik asalnya baru-baru ini, hidangan terbabit telah disedia berlandaskan konsep makanan berpandukan kepada kepuasan pengguna.

“Saya telah memperoleh idea untuk memperkenalkan hidangan terbabit ketika berkunjung ke sebuah restoran yang memperkenal jenis perniagaan seperti itu di Kuching sebelum ini.

“Perniagaan jenis ini belum ada di Bandar Sri Aman. Justeru setelah menyedari potensi pasaran perniagaan ini maka saya bersama isteri, Rani Sambang memutuskan untuk memperkenal hidangan itu di Restoran Alisan,” kata pesara pedari berkenaan ketika ditemui Utusan Sarawak.

Buat permulaan pihaknya jelas Augustine telah menawarkan hidangan yang terdiri daripada daging ikan (fillet), sotong, udang, rumpai laut, bebola ikan, daging lembu, daging ayam, daging kambing, sayur-sayuran, nasi dan acar kepada semua pelanggan.

Dengan menggunakan bahan ramuan rahsia yang diperkenal oleh tukang masak khas mereka iaitu M. Nasfu bin Jobli, hidangan terbabit kata beliau bakal memberikan kepuasan kepada pelanggan yang mahu menikmati makanan terbabit selepas ini.

Mula ditawarkan bermula dari jam 4 petang hingga jam 10 malam pada setiap hari, pelanggan dewasa yang mahu menikmati hidangan ini akan dikenakan bayaran berjumlah RM18 seorang manakala RM10 pula untuk kanak-kanak berusia bawah 10 tahun.

Pelanggan katanya boleh mengambil mahupun memilih mana-mana menu makanan yang mereka suka tanpa had.

Bagaimanapun kadar bayaran yang dikenakan terhadap orang dewasa dan kanak-kanak bagi tujuan itu katanya adalah amat berpatutan berbanding dengan kadar bayaran lebih mahal berbanding dengan lain-lain tempat.

“Justeru orang ramai dipelawa untuk menikmati hidangan yang disediakan secara halal oleh Restoran Alisan selepas ini,” katanya sambil menambah bahawa pekerja beliau terdiri daripada golongan muslim yang diketuai oleh M. Nasfu bin Jobli.

Restoran Alisan yang didaftar bawah lesen milik anaknya iaitu Marjory Augustine turut menawarkan sejumlah 105 buah jenis hidangan masakan makanan terus dari dapur termasuk resepi makanan terbaru yang diperkenal oleh tukang masaknya iaitu Burung Puyuh Masak Bodo.

Antara lain-lain menu yang ditawarkan oleh Restoran Alisan Sri Aman adalah Nasi Butter Prawn, Nasi Ayam Sambal, Mee Goreng, Lime Chicken, Mee Goreng Mamak, Nasi Paprik, Nasi Goreng Tom Yam, Nasi Goreng Singapore, Nasi Pataya, Nasi Sayur Campur dan banyak lagi.

Selain perkhidmatan catering untuk majlis rasmi, perkahwinan dan sambutan ulangtahun yang ditawarkan oleh pihak Restoran Alisan, keluarga Augustine Sait juga turut memiliki perniagaan berupa pusat hiburan dan studio rakaman di kawasan Jalan Sabu, Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment