Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 April, 2011

Lima kawasan NCR di Betong sudah disukat - Peggy



Caption: SERIUS...Peggy sedang menyampaikan ucapannya ketika berlangsungnya majlis dialoq berkenaan.


Abang Hipeni Abang Assim

JTS Betong


BETONG, Khamis (21 April) – Lima buah kawasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dalam Bahagian Betong yang telah pun diukur oleh pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong menerusi Inisiatif Baru NCR.

Penguasa JTS Bahagian Betong, Peggy Ronin Edin, berkata lima buah kawasan tersebut adalah Entebu / Selambong / Bajau di Saratok, Sungai Ensuri di Beladin, Tanjung Sebekut di Spaoh, Kampung Manggut juga di Spaoh dan kawasan Penghulu Godwin Jawie di Rimbas, Debak.

“Dua dari lima kawasan terbabit iaitu Entebu / Selambong/ Bajau di Saratok dan Sungai Ensuri di Beladin telah pun diwartakan sebagai Rezab Gunasama Bumiputera dibawah seksyen 6 Kanun Tanah Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Lapangan bagi pengukuran tanah di bawah Inisiatif Baru NCR untuk kawasan Penghulu Sela anak Entalang di Dewan Sekolah Kebangsaan Saint John, Nanga Tiga, Betong baru-baru ini.

Selain itu pengambilan balik tanah rakyat kata Peggy tidak dapat dielakkan bagi memberi laluan kepada projek-projek pembangunan demi kepentingan dan kebajikan mereka semua.

Kanun Tanah Negeri (Bab 81) jelas beliau telah mengariskan peruntukan undang-undang yang jelas dan mencukupi bagi menangani hal-hal berkaitan tanah termasuk menghormati dan melindungi hak-hak pemilik tanah NCR yang terbabit dalam perkara pengambilan balik tanah.


Realitinya Kerajaan Negeri melalui JTS akan terus melaksanakan kerja-kerja pengukuran tanah NCR dan mengeluarkan surat hak milik tanah mengikut Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri semenjak dari dahulu hingga sekarang.

“Bagaimanapun menerusi inisiatif baru sejak bulan Julai lalu, Kerajaan Negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meneruskan kerja pengukuran lebih meluas demi memastikan rakyat Bumiputera dalam kawasan pendalaman menikmati faedahnya dari masa ke semasa,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Juru Ukur JTS Betong, Kudie anak Sandak, Pegawai Tanah JTS Betong, David Laeng, Penghulu Sela anak Entalang dan 200 orang rakyat di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment