Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 April, 2011

Lelaki menunggang motor secara 'gila babi' di Sri Aman perlu dipantau


Caption: ROCK KAPAK...Penunggang motorsikal berkenaan kelihatan menunggang motorsikal di arah laluan bertentangan tanpa memperdulikan kenderaan di situ.


SRI AMAN, Khamis (21 April) – Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk polis trafik dalam kawasan Sri Aman diminta untuk memantau seorang pengguna jalan raya yang sering menunggang motorsikal jenis Modenas atau Kriss secara berbahaya selama ini.

Ia terbukti apabila lelaki yang dipercayai berusia antara 40 hingga 50 tahun itu menunggang motorsikalnya secara berbahaya di kawasan Jalan Sabu, Sri Aman pada hari Selasa lepas.

Aksi berbahaya penunggang motorsikal berkenaan berjaya dirakam oleh seorang pegawai kerajaan iaitu Desmond Douglas Jerukan dengan menggunakan kamera video dan seterusnya dipaparkan di laman web sosial facebook beliau selepas itu.

“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa lelaki terbabit akan menunggang motorsikal tersebut secara berbahaya apabila ‘angin gila’nya sudah datang dan bukannya mabuk seperti sangkaan pemandu lain.

“Gelagat penunggang terbabit amat berbahaya kerana tindakannya itu akan mendatangkan bahawa kepada pengguna jalan raya yang lain dalam kawasan Bandar Sri Aman,” katanya.

Justeru beliau berharap agar pihak penguatkuasa undang-undang mengambil tindakan segera untuk memantau dan mengesan kedudukan pengguna motorsikal berkenaan demi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini selepas ini.

Terdahulu paparan video berkenaan menunjukkan lelaki terbabit menunggang motorsikalnya sambil memasuki arah laluan bertentangan jalan raya sebelum membelok secara berbahaya ke kawasan Saint Lawrence Sabu tanpa memperdulikan kenderaan yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment