Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2011

lagi RELA turun padang bagi bantuan


Caption: IKHLAS...Khairi (kanan) menyampaikan hamper kepada Tr Haerold (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.

Oleh Brother Jemat

SRI AMAN, Jumaat (16 April) – Dua orang pemilik gerai makanan berkayu yang musnah dalam dalam kejadian kebakaran sekitar jam 6 pagi pada hari Rabu lepas lepas di Dermaga Perdagangan Sungai Batang Lupar Sri Aman akhirnya berasa lega setelah menerima bantuan daripada pelbagai pihak hari ini.

Pemilik gerai makanan berkenaan iaitu Yamin bin Dahlan dan Junaidi bin Sahari dari Kampung Hilir telah menerima bantuan berupa kewangan, penjana kuasa elektrik dan perkakasan gerai daripada Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Dalam Negeri.

Pertama, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi RELA Daerah Sri Aman telah menyumbangkan bantuan wang bernilai RM1,000 masing-masing untuk Yamin dan Junaidi berhubung kejadian itu disamping pemberian peralatan gerai serta enjin jankuasa elektrik kepada mangsa.

Bantuan wang ini disampaikan oleh Pengarah RELA Negeri Perak, Khariri bin Abu Hassan sambil disaksikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis dan tetamu yang lain.

Manakala itu Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman pula menyumbang RM3,000 dan Kementerian Dalam Negeri pula menyampaikan bantuan kewangan RM3,000 untuk setiap mangsa terbabit.

Sementara itu RELA menerusi Khairi juga turut menyampaikan sebanyak 30 helai pakaian seragam RELA kepada Tuai Rumah Hearold Ernest, Selantik Ili disamping menyampaikan derma bernilai RM200 kepada keluarga mendiang Andang anak Manju di situ.

Mendiang Andang anak Manju, 66, dari Selantik Ili adalah merupakan anggota RELA Sri Aman dan telah meninggal dunia pada jam 2 petang kelmarin di kediamannya sendiri kerana faktor sakit tua.

Mendiang Andang yang akan dikuburkan di Tanah Perkuburan Selantik, Pantu pada esok (16 April) telah meninggalkan empat orang anak antara ialah Kinta, Emau, Cecelia dan Gibson.

Tamat.

No comments:

Post a Comment