Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 April, 2011

Ketua ranting dan pemuda PBB Batang Lupar buat laporan polis pasal sms fitnah Gerakan Anti Rohani




Caption: KAMI BANTAH...Zaidi (tiga kanan) bersama ahli PBB Batang Lupar menunjukkan salinan laporan polis di berhubung sebaran sms berbaur fitnah terhadap Rohani.


SRI AMAN, Selasa (26 April) – Para ketua ranting dan pemuda dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) P.201 Batang Lupar telah tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Aman pada jam 10.30 pagi hari ini.

Kumpulan pelapor yang terdiri daripada tujuh orang ahli PBB dalam kawasan P.201 Batang Lupar itu telah diketuai oleh Ketua Ranting PBB Kampung Hulu / Lingga iaitu Zaidi Abang Akim.

Enam orang ahli PBB yang hadir sama bagi membuat laporan di Balai Polis Sri Aman uialah Robert anak Barat, Abang Waslie Abang Madeni, Haji Shamsuddin Haji Saliman, Abang Kamsi Abang Morsidi, Daud Ahmad dan Jenny anak Ekin.

Mereka tiba di Balai Polis Sri Aman pada jam 10.15 pagi dan selesai membuat laporan berhubung penyebaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berbaur fitnah tentang Gerakan Anti Rohani (GAR) yang diterima menerusi telefon bimbit mereka pada 21 April lepas.

Zaidi ketika ditemui memberitahu pihak ketua ranting dan pemuda dari kawasan PBB Batang Lupar menolak sekeras-kerasnya fitnah yang disebarkan oleh pihak terbabit mengenai Datuk Hajah Rohani Karim menerusi sms sebelum ini.

“Segala dakwaan terbabit adalah tidak benar. Beliau (Rohani) merupakan seorang Ahli Parlimen Batang Lupar yang cemerlang dalam melaksanakan tugas di kawasan kami selama ini.

“Disebabkan oleh sms fitnah berkenaan maka kesemua kami tampil untuk membuat laporan polis di sini bagi membuktikan bahawa ahli PBB Batang Lupar menolak sekeras-kerasnya sms tersebut,” katanya.

Beliau juga menasihatkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang dilemparkan oleh pihak tertentu menerusi sms tersebut.

“Sms berkenaan sebenarnya boleh mencemarkan imej Rohani. Justeru saya meminta penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar supaya mengendahkan sms berkenaan selepas ini,” katanya.

Tamat.




No comments:

Post a Comment