Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 April, 2011

Kereta rempuh kedai makan di Pasar Betong


Caption: HAIYA...Orang ramai sedang mengerumuni kenderaan Proton Waja yang merempuh kawasan hadapan premis berkenaan baru-baru ini.

Oleh Saleman Senin

BETONG, Rabu (20 April) – Sebuah kereta Proton Waja yang dipandu oleh seorang pemuda telah terbabas lalu merempuh bahagian hadapan sebuah premis makanan di Bandar Betong pada tengahari Ahad lepas.

Isteri kepada pemilik premis makanan itu, Mary Liew ketika ditemui mendakwa pemilik kenderaan tersebut dipercayai memandu secara mabuk sebelum merempuh tempat simpanan makanan dan memasak di kedainya sekitar jam 12.40 tengahari hari tersebut.

“Pemandu mabuk tersebut terus melarikan diri setelah mendapati keretanya tersekat di hadapan kedai kami. Nasib baik tiada pelanggan ketika itu jika tidak mungkin ada orang yang akan tercedera,”katanya.

Beliau yang masih marah berhubung kejadian itu bagaimanapun melahirkan rasa hairan apabila tiada pelanggan yang berkunjung ke premis makanannya sebelum berlaku kejadian itu.

“Premis makanan saya sering dipenuhi pelanggan selama ini. Namun mereka seolah-olah seperti tahu bahawa perkara buruk akan berlaku sehingga tiada pelanggan pun berada di sini pada waktu itu,” katanya.

Sementara itu saksi yang berada di tempat kejadian mendakwa bahawa mereka sempat melihat kenderaan terbabit meluru laju dari arah simpang empat berhadapan bangunan Loxing Hotel Betong menuju masuk ke dalam premis makanan tersebut.

“Kami hairan bagaimana kenderaan terbabit dapat merempuh masuk ke premis makanan tersebut sedangkan terdapat bahagian bertingkat dan parit di hadapan premis makanan terbabit,” kata saksi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment