Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 April, 2011

Kerana eksyen, kereta lantak kereta orang

SRI AMAN, Jumaat (22 April) – Disebabkan terlalu ghairah , sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang remaja perempuan dan rakannya telah melanggar bahagian belakang kenderaan lain menerusi kejadian yang berlaku di sini malam kelmarin.

Sebelum berlakunya kata sumber, remaja perempuan terbabit telah memandu kenderaan pacuan empat roda secara tidak sopan di hadapan para pelanggan sebuah restoran dalam bandar ini.

Sebaik sahaja parkir di kawasan terlarang sebelah restoran tersebut, perempuan terbabit yang tiba bersama rakan-rakannya kemudian meluangkan masa untuk bersembang di restoran itu sebelum berangkat pulang.

“Remaja perempuan itu kemudiannya cuba mengundurkan kenderaan untuk keluar dari kawasan parkir tanpa menyedari bahawa sebuah kenderaan Toyota Camry parkir dalam jarak dua meter dari arah belakang kenderaan beliau.

“Disebabkan terlalu berlagak ketika mengundur kenderaannya dengan laju, bahagian belakang kanan kenderaan Toyota Camry itu telah dilanggar oleh kenderaan itu hingga meninggalkan kesan remuk yang dalam,” kata sumber.

Pemilik Toyota Camry yang kebetulan sedang makan di restoran berkenaan akhirnya meradang dan bertindak menemui remaja perempuan terbabit sehingga timbul pertelingkahan kecil antara kedua-dua pihak tersebut.

“Sangat dikesalkan di sini ialah remaja perempuan itu seperti tidak mahu mengaku bersalah sehinggalah pemilik Toyota Camry itu bertindak mahu meminta lesen memandu miliknya.

“Ia membuktikan bahawa remaja perempuan itu tidak mempunyai lesen memandu. Atas sifat belas kasihan, pemilik Toyota Camry itu akhirnya bersetuju untuk menyelesaikan perkara secara dalaman terbabit tanpa membuat laporan polis,” kata sumber.

Sumber turut memberitahu bahawa kenderaan pacuan empat roda yang diguna oleh remaja perempuan itu sebenarnya merupakan milik bapa beliau yang baru dibeli pada minggu lepas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment