Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 April, 2011

Kerajaan BN bukan Kerajaan era Rajah Brooke - Masir


Caption: SETIA...Masir (dua kiri) bersama Harden (tengah) ketika menyanyikan lagu NegaraKu pada Program Pentarama di Taman Harmoni Sri Aman malam tadi.


SRI AMAN, Ahad (3 April) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan zaman silam dari era Rajah Brooke seperti yang didakwa oleh pemimpin de facto pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata BN adalah merupakan sebuah kerajaan yang unggul dalam mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara pesat membangun pada masa sekarang.

“Lagipun rakyat harus sedar bahawa Anwar sendiri pernah menerajui Kabinet Kerajan Persekutuan selaku Timbalan Perdana Menteri dahulu sebelum dipecat pada tahun 1998 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad selaku mantan Perdana Menteri ketika itu.

“Dengan kata lain adalah tidak releven bagi Anwar untuk berkata demikian. Beliau harus menyelesaikan masalah dalaman partinya sendiri sebelum menuduh BN adalah kerajaan silam dari zaman Rajah Brooke,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pentarama di Taman Harmoni, Sri Aman malam tadi

Sambil menambah kunjungan Anwar dan pemimpin de facto pihak pembangkang ke Sri Aman tidak mendapat sambutan rakyat, Masir juga memberitahu pihak terbabit gagal membuktikan keserasian mereka dalam arena politik selama ini.

Contohnya dua orang anak beranak di kawasan Sri Aman kata Masir gagal membuktikan keserasian mereka dalam politik apabila seorang berjuang di bawah Parti KeAdilan Rakyat (PKR) manakala seorang lagi bawah Parti Tindakan Demokratik Rakyat (DAP).

“Justeru saya berharap agar rakyat tidak menyokong pihak pembangkang yang tidak sefahaman antara satu sama lain. Pentingnya menyokong BN bagi memastikan kemenangan kita di kerusi DUN Simanggang pada pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Hadir sama ialah penyandang kerusi DUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong, Saini Bojeng, Temenggung Tan Chong Meng, Penghulu Lee Shiang Hua, Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim dan Penghulu Haji Abang Mohd Salleh Haji Abang Kawi.

Turut berlangsung pada program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sri Aman itu ialah penyampaian sijil pengiktirafan oleh Harden kepada Jamali Haji Idi sebagai Ketua Kampung bahi Kampung Paya Barat, Sri Aman sambil disaksikan oleh Masir dan tetamu jemputan khas yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment