Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 April, 2011

Kerajaan berdepan 3 isu utama untuk bina sekolah menengah - Mohd Puad


Caption: MESRA...Zarkashi (kiri) menerangkan tentang hala tuju pembangunan pendidikan negara ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Selasa (12 April) – Kerajaan berdepan dengan tiga isu utama dalam usahanya untuk membina sekolah menengah baru dalam negara ini demikian menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi.

Isu pertamanya menurut beliau ialah berkaitan dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan persekolahan satu sesi sahaja bagi mengantikan persekolahan dua sesi pada masa sekarang.

“Disebabkan oleh ini kerajaan perlu membina lebih banyak sekolah menengah jika mahu menjayakan perlaksanaan sekolah satu sesi bagi mengantikan persekolahan dua sesi selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bersama Warga Pendidikan dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Daerah Sri Aman bertempat di Hootel Sri Aman malam tadi.

Isu kedua berhubung perkara ini pula kata Puad pula ialah berkait rapat dengan kadar kelahiran penduduk negara Malaysia yang tinggi sehingga menyumbang kepada kepadatan pelajar di sekolah menengah pada masa sekarang.

“Isu yang terakhir sekali ialah apabila banyak taman perumahan baru dibina di kawasan bandar sehingga kita berhadapan dengan masalah tanah untuk membina sekolah menengah yang baru,” katanya.

Bagaimapun Puad berharap agar Pelan Ulangan Pertama bagi pembinaan enam buah sekolah menengah baru di Sarawak yang menelan kos sebanyak RM202 juta dan tiga buah sekolah rendah baru yang menelan kos RM31 juta akan berjalan dengan lancar pada tahun ini.

“Justeru saya berharap agar para guru besar, guru dan ahli PIBG di Sri Aman berganding bahu untuk menjayakan pelbagai rancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Haji Abdul Rahman bin Bolhasan, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Mohd Yusop Lugom, para pengetua, guru besar dan guru di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment