Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 April, 2011

Kerajaan akan teruskan usaha naiktaraf hidup rakyat - Harden



Caption: PENGHARGAAN...Kanselor Sawing (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Harden (kanan) ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Ahad (10 April) – Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) akan meneruskan usahanya untuk menaiktaraf hidup rakyat di kawasan luar bandar dari masa ke semasa kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya BN telah diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin dan oleh itu harus melakukan yang terbaik untuk pembangunan hidup mereka termasuk penyediaan infrastruktur asas, pendidikan dan banyak lagi.

“Kerajaan BN tetap melaksanakan kerja menaiktaraf hidup rakyat dengan membina pelbagai kemudahan untuk mereka pada setiap masa dan bukannya acapkali menjelang musim pilihan raya di negeri ini.

“Sedangkan anda juga tahu bahawa kemudahan infrastruktur asas yang ada sekarang telah dibina sebelum musim pilihan raya tadi dan bukannya seperti dakwaan oleh sesetengah pihak,” katanya.

Harden yang juga calon BN N.27 Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Projek Mendirikan Tiang Bekalan Elektrik di Rumah Kanselor Vincent Sumar, Paku Ulu, Batu Lintang, Sri Aman petang kelmarin.

Selain itu beliau juga menasihatkan rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan segala tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tersebut kepada mereka menjelang pilihan raya ini.

“Harapan saya ialah agar rakyat bijak membuat pilihan ketika mengundi nanti iaitu dengan menyokong BN sebagai kerajaan yang pasti dapat memberi manfaat pembangunan terhadap mereka dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Walikota Sri Aman, Piau anak Inggot, Pengarah Jabatan Mineral dan Geo Sains Sarawak, Dr Kamaruddin, Dr Richard Mani, pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Harden pada majlis itu juga turut merasmikan Jambatan Paku Ulu yang baru dan penyediaan kemudahan Air Graviti Bukit di Rumah Kanselor Vincent Sawing Sumar, Paku Ulu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment