Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 April, 2011

Kempen Anti Nyamuk di Banting pada 9 April ini


SRI AMAN, Selasa (5 April) – Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) akan menganjurkan Kempen Gotong-Royong dan Anti Denggi bertempat di Rumah Limik, Banting, Lingga pada 9 April ini.

Siaran akhbar daripada MDSA memberitahu kempen terbabit bertujuan untuk mendidik penduduk tentang betapa pentingnya aspek penjagaan kebersihan di kawasan masing-masing selepas ini.

“Menerusi kempen ini pihak majlis mahu penduduk untuk mempertingkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing demi membendung pembiakan nyamuk Aedes di penempatan masing-masing.

“Jika sarang pembiakan nyamuk Aedes dalam kawasan penempatan masing-masing tidak dibendung dengan segera maka penduduk akan terdedah kepada risiko serangan wabak Demam Denggi di masa akan datang,” katanya.

Kempen Gotong-Royong dan Anti Denggi yang akan bermula pada jam 10 pagi itu katanya juga bertujuan untuk mencantik serta memperindahkan kawasan penempatan penduduk berkenaan.

Kempen ini secara tidak langsung menurut siaran itu akan menaikkan lagi imej kebersihan di kalangan penduduk Rumah Limik dan seterusnya menarik minat penduduk dari lain-lain penempatan untuk menjaga kebersihan kawasan masing-masing selepas ini.

“Kempen Gotong-Royong dan Anti Denggi ini akan dirasmikan oleh Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong anak Dagang. Justeru penduduk Rumah Limik diminta hadir bagi menjayakan kempen terbabit,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment