Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 April, 2011

Kemalangan maut di Skrang: Dua mati on the spot, seorang mati di Hospital Sri Aman




MALANG...Orang ramai sedang membantu pihak polis mengusung mayat mangsa yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

TERUK...Dua orang penumpang kenderaan Epsum (kiri sekali) terbunuh setelah kenderaannya bertembung dengan Avanza pada kejadian itu.

ENGKILILI, Khamis (21 April) – Dua orang lelaki dari kawasan Beladin, Betong maut dalam kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku berdekatan dengan kawasan Gereja RC, Skim Skrang, Engkilili sekitar jam 11.15 pagi hari ini.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian kemalangan maut ini adalah ialah Hassan bin Alli, 50, dan Sapuan bin Jamal, 22, tahun kedua-duanya dari Beladin.

Sumber memberitahu, Hassan bersama rakan, Sulaiman bin Dahan, 46, telah bergerak dari Betong dengan menggunakan kereta Toyota Epsum menuju ke Engkilili untuk mengambil Sapuan yang mengalami kemalangan jalan raya di situ sebelumnya.

Ketika dalam perjalanan pulang semula ke Betong, kenderaan yang dipandu oleh Sulaiman dipercayai memasuki lorong kanan jalan lalu bertembung dengan kenderaan Toyota Avanza yang datang dari Saratok.

Pertembungan antara kedua-dua kenderaan ini menyebabkan Hassan dan Sapuan mati serta merta di tempat kejadian manakala Sulaiman pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Manakala itu pemandu kenderaan Avanza iaitu Kho Kang Phen, 55, telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak kerana kecederaan kritikal manakala penumpangnya Lai Lian Kee, 48, dilaporkan masih berada keadaan tenat di Hospital Bahagian Sri Aman akibat kecederaan parah yang dialaminya sehingga berita ini ditulis (5.13 petang).

Seorang lagi penumpang kenderaan Avanza berkenaan iaitu Kho Ai Kiam, 49, pula dirujuk ke Hospital Betong manakala Sulaiman dibenarkan keluar dari Hospital Betong selepas disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Pihak ambulans dari Hospital Bahagian Betong tiba di tempat kejadian pada jam 11.35 pagi manakala pasukan bomba pula tiba di situ pada jam 11.50 pagi untuk mengeluarkan mangsa kemalangan dari kenderaan mereka.

Sebuah proton Aerobik juga turut terlibat dalam kejadian kemalangan berkenaan ketika berlakunya pertembungan antara Avanza dan Epsum di situ.

Tamat.


U /P : Lai Lian Kee meninggal dunia di Hospital Bahagian Sri Aman selepas jam 6 petang.

No comments:

Post a Comment