Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 April, 2011

Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak DUN Layar meriah



Caption:

1.FOKUS...Pengadil perlawanan futsal sedang memberi penerangan kepada para pemain ketika berlangsung pertandingan itu.

2. MERIAH...Pertandingan Tandak sedang berlangsung di Kompleks Sukan Betong sempena sambutan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak.

Saleman Senin

BETONG, Sabtu (2 April) – Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.31 Layar telah bermula secara langsungnya pada hari ini dengan adanya acara Basikalton Mesra Belia mengelililingi Bandar Betong.

Acara Basikalton Mesra Belia yang bermula dari Kompleks Sukan Betong itu merupakan salah satu daripada 12 buah aktiviti yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak.

Menurut urusetia program Encik Merawi bin Ais sebanyak 13 acara telah disediakan untuk disertai dan disaksikan oleh pengunjung-pengunjung karnival tersebut.

“Selain Basikalton Mesra Belia, pihak kita juga turut mengadakan Senam Cergas 1 Belia 1 Malaysia, Pertandingan Bertandak, Pertandingan Street Soccer, Pertandingan Pangkah gasing, Pertandingan Sukan Tradisional, Pertandingan Battle Of The Band, Gerai Jualan dan Pameran Agensi kerajaan / Swasta dan Badan Berkanun.

“Turut diadakan juga ialah Pertandingan Karaoke, Persembahan Kebudayaan, Klinik Muzik Bersama Lagenda Guitaris, Program Mesra Bersama Pemimpin dan Program Khidmat Masyarakat,” kata pegawai urusetia program, Merawi bin Ais.

Bagi menjayakan karnival ini katanya sejumlah 20 kaunter dan tapak pameran telah disediakan untuk tujuan kunjungan masyarakat yang ingin menyaksikan pelbagai aktiviti menarik di situ.

Malah pembukaan kaunter dan tapak pameran ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan dan maklumat yang berguna kepada belia serta beliawanis yang berada di sekitar kawasan DUN Layar.

“Kehadiran artis-artis popular tanahair dan tempatan juga turut menyerikan karnival berkenaan seperti persembahan lagu oleh Kumpulan XPDC, Claudia AF, Rem, Mie Raja Lawak, Hazama AF dan Lucy M.

“Karnival ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang dan turut dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri Douglas Uggah anakEmbas,” katanya.

Aturcara pada hari kedua (3 April) sambutan program ini akan diserikan dengan Program Khidmat Masyarakat dengan aktiviti gotong-royong sekitar Bandar Betong dan kampung di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment