Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 April, 2011

Jangan teruja dengan manifesto pembangkang - Muhyiddin


Caption: HIDUP BARISAN!!! Wakil bekas ahli PKR cabang Batang Lupar, Marshal Agung anak Kenneth Jupak meluangkan BN ketika menyerahkan borang keahlian kepada Muhyiddin pada majlis itu.

LINGGA, Rabu (13 April) – Rakyat dinasihat agar tidak terlalu teruja dengan manifesto pilihan raya oleh pihak pembangkang yang menjanjikan peruntukan sebanyak RM1 bilion setahun kepada Sarawak jika mereka berjaya mentadbir negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata janji peruntukan bernilai RM1 bilion setahun itu dianggap kecil memandangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) memperuntukan lebih wang bagi tujuan itu pada setiap tahun.

“Janji peruntukan dalam manifesto pihak pembangkang itu boleh dianggap seperti ‘kacang putih’ (terlalu sedikit) jika dibandingkan dengan peruntukan bernilai RM22 bilion setahun untuk membangunkan semua negeri termasuk Sarawak.

“Justeru rakyat perlu terus menyokong kerajaan BN yang berupaya memperuntukan wang berbilion ringgit untuk tujuan pembangunan hidup rakyat negara ini terutama sekali di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Bersama Pemimpin bertempat di Penempatan Baru Kampung Pulau Seduku, dalam daerah kecil Lingga, Sri Aman hari ini.

Muhyiddin juga menasihatkan rakyat di negeri ini agar tidak terlalu taksub dengan slogan ‘Jom Ubah’ yang dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang sempena pilihan raya umum Ke-10 kali ini.

Ketaksuban rakyat terhadap slogan itu kata beliau akhirnya boleh mengelapkan masa depan pembangunan negeri ini jika mereka terlalu mudah terpengaruh dengan slogan tersebut.

“Lagipun rakyat Sarawak tidak perlu percaya terhadap janji agihan peruntukan yang lebih adil daripada mereka untuk negeri Sarawak kerana pengagihan kuasa dikalangan komponen parti pembangkang itu sendiri pun sudah tidak adil sebelum ini,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafiee Haji Apdal, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Beliau pada majlis itu menyempurnakan majlis penyerahan kunci rumah kepada rakyat Kampung Pulau Seduku, penyerahan pukat, penyampaian bantuan kewangan kepada pelajar miskin dan penerimaan borang keahlian BN daripada 300 orang bekas ahli PKR cabang Batang Lupar.

Tamat.

No comments:

Post a Comment