Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 April, 2011

Jangan 'anak tiri'kan sukan Tenis di Sri Aman!


Caption: UNTUK ALBUM...Sulaiman (berdiri dua belakang) bergambar kenangan bersama peminat sukan tenis dan AJK persatuan di sini baru-baru ini.


SRI AMAN, Rabu (20 April) – Persatuan Tenis Bumiputera Bahagian Sri Aman memohon kepada kerajaan untuk membina kompleks sukan tenis di Bandar Sri Aman dalam masa terdekat kelak.

Naib presidennya, Wan Sulaiman Wan Hasbi ketika ditemui berkata kompleks sukan tenis ini harus lengkap dari segi kemudahan lampu simbah dan sebagainya seperti mana yang terdapat pada kompleks sukan tenis di Kuching, Sibu, Miri dan Betong.

“Permohonan ini disuarakan oleh pihak kami memandangkan sukan tenis kian mendapat sambutan yang kian mengalakkan daripada orang ramai dari sekitar Bandar Sri Aman pada masa sekarang.

“Namun begitu hanya terdapat dua buah gelanggang tenis sahaja dalam pusat Bandar Sri Aman yang boleh digunakan oleh peminat sukan tenis...itu pun ia hanya boleh diguna secara terhad memandangkan lampu simbahnya sudah rosak,” katanya.

Faktor ini kata beliau menyebabkan para peminat sukan tenis di Bandar Sri Aman terpaksa menunggu giliran bermula dari jam 4.30 petang hingga jam 6.40 petang gara-gara disebabkan oleh kekurangan gelanggang tenis dan tiada lampu simbah.

Lebih malang lagi tambah Sulaiman ialah Bahagian Sri Aman tidak layak untuk menganjur pertandingan tenis bagi peringkat negeri memandangkan kawasan ini memerlukan minimum empat buah gelanggang bagi tujuan itu.

“Pihak persatuan amat berterima kasih kepada wakil rakyat di sini ialah Datuk Francis Harden Hollis dan Masir Kujat kerana sering menyampaikan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tenis sebelum ini.

“Bagaimanapun pihak persatuan berharap agar kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan kami untuk membina kompleks sukan tenis yang baru demi mewujudkan masa bermain tanpa had dikalangan peminatnya dari masa ke semasa,” katanya.

Pihak beliau juga melahirkan rasa bimbang sekiranya gelanggang tenis yang sedia ada sekarang bakal diroboh dalam tahun ini bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Bandar Baru Sri Aman.

Jika gelanggang tenis yang sedia ada diroboh maka para peminat sukan tenis akan kehilangan tempat bermain sebelum kerajaan membina gelanggang tenis baru yang lain selepas itu.

Terdahulu Persatuan Tenis Bumiputera Bahagian Sri Aman mempunyai sejumlah 70 orang ahli berdaftar. Persatuan ini menyewa kedua-dua gelanggang tenis daripada KPSU Sri Aman itu dengan bayaran sebanyak RM180 sebulan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment