Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 April, 2011

Ibu rayu bantuan orang ramai


Caption: PERLU BANTUAN...Jagir bersama anaknya, Jawai, ketika ditemui di Saint Luke pada hari ini.


SRI AMAN, Selasa (12 April) – Seorang ibu merayu bantuan daripada pelbagai pihak untuk menampung kos perbelanjaan menghantar anak perempuannya menjalani proses pembedahan buah pinggang di Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini.

Si ibu iaitu Jagir anak Sulau, 46, dari Rantau Kemayau Manis, Lubok Antu ketika ditemui berkata anak perempuannya, Jessica Jawai anak Unyang, 9, disahkan mengidap penyakit buah pinggang oleh pihak Hospital Umum Sarawak, Kuching pada 26 Julai tahun 2009 lepas.

Semenjak itu anaknya yang merupakan murid Tahun 3 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Luke sering berulang-alik dari Sri Aman ke Kuching untuk menjalani proses rawatan buah pinggang yang dihadapi olehnya hingga sekarang.

“Kami sekarang menunggu keputusan doktor untuk menjalani proses pembedahan bagi memindahkan (transplant) buah pinggang ayahnya iaitu Unyang anak Sadan, 48, kepada Jessica di Hospital Kuala Lumpur pada tarikh yang diumumkan kelak.

“Bagaimanapun saya dan suami (Anyang) berasa bingung memandangkan kami berdua tidak mampu menampung kos belanja harian dan sewa penginapan ketika berada di Kuala Lumpur untuk tujuan itu,” katanya sambil menambah bahawa mereka bertiga perlu tinggal di Kuala Lumpur selama tiga bulan selepas pembedahan dilakukan.

Jagir turut menambah bahawa gaji bulanannya sebagai pembantu kedai di Gereja Saint Luke Sri Aman dan gaji bulanan suaminya sebagai buruh binaan di Kapit nyata tidak cukup untuk menampung kos itu.

Justeru pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Jagir sendiri di talian 014 - 5827902 sekiranya mahu mengetahui lebih lanjut tentang masalah yang dihadapi oleh mereka tiga beranak.

Anak sulung Jagir iaitu Martin anak Unyang kini merupakan pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu pada masa sekarang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment