Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2011

Harden buang undi di SK Saint Lawrence Sabu jam 9.15 pagi


Caption: TUNAI TANGGUNGJAWAB...Harden bersama isterinya ketika membuang undi di Pusat Pembuangan Undi, SK Saint Lawrence Sabu.

SRI AMAN, Sabtu (16 April) – Calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah membuang undi di pusat pembuangan undi, Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Lawrence Sabu pada jam 9.15 pagi hari ini.


Harden, 55, tiba di pusat pembuangan undi, SK Saint Lawrence Sabu pada jam 9.10 pagi bersama isterinya, Datin Simba anak Nalang sambil diringi oleh kumpulan penyokong BN – SUPP yang lain.


Beliau sempat bersalaman dengan para pemilih berdaftar yang telah tiba terlebih dahulu berada di perkarangan luar SK Saint Lawrence Sabu sebelum membuang undi di pusat pembuangan undi terbabit.


Sebaik sahaja selesai membuang undi di situ, Harden bersama isteri dan rombongannya berkesempatan untuk meninjau pusat pembuangan undi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman dan beberapa pusat pengundian bagi DUN N.27 Simanggang.

Hasil tinjauan Utusan Sarawak mendapati hari pembuangan undi bersempena dengan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-10 berlangsung dengan cara sederhana pada keadaan cuacanya yang cerah.

Pemilih berdaftar bagi N.27 Simanggang telah membuang undi masing-masing di SK Saint Lawrence Sabu (tiga saluran), SK Abang Aing (empat saluran), SJK Chung Hua Simanggang (tiga saluran), SK Sri Aman (satu saluran) dan di Bangunan PPWS Sri Aman (satu saluran).

Harden dijangka akan berada di Majlis Daerah Sri Aman untuk menunggu keputusan pilihan raya di situ bermula jam 8 malam.

Terdahulu calon pembangkang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Leon Jimat Donald telah membuang undi di Pusat Pembuangan Undi, SK Saint Lawrence Sabu tepat pada jam 9 pagi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment