Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 April, 2011

Dua gerai makan berkayu di Wap Sri Aman musnah dalam kebakaran



Caption: MUSNAH...Anggota bomba sedang memadamkan api kebakaran yang memusnahkan dua unit gerai berkayu di Dermaga Perdagangan Sungai Batang Lupar Sri Aman hari ini.

Prebet Jemat,

Angkatan Sojar Jaybon Ke-10

SRI AMAN, Rabu (13 April) – Dua buah unit gerai berkayu musnah dalam kejadian kebakaran menerusi kejadian yang berlaku di kawasan Dermaga Perdagangan Sungai Batang Lupar Sri Aman pada awal pagi hari ini.

Sumber memberitahu sebelum berlakunya kejadian tersebut, seorang peniaga Cina secara tidak sengaja telah melihat asap keluar dari kawasan sebelah tepi gerai berkenaan sekitar jam 6 pagi.

Peniaga yang sedang membuka kedainya pada waktu itu meminta beberapa orang pelanggan dari kedai kopi berdekatan untuk meninjau asap yang muncul dari kawasan gerai tersebut.

“Sebaik sahaja beberapa orang pelanggan terbabit meninjau keadaan gerai terbabit, peniaga tersebut kemudiannya ternampak api tiba-tiba marak dari sebelah gerai tersebut kira-kira 10 minit selepas itu.

“Peniaga terbabit bertindak menelefon bomba berhubung kejadian tersebut,” kata sumber sambil menambah pihak bomba datang kira-kira jam 10 minit kemudiannya untuk memadamkan api kebakaran terbabit.

Punca kejadian kebakaran yang memusnahkan kedua-dua unit gerai berkenaan bagaimanapun menurut sumber masih belum diketahui hingga sekarang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment