Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 April, 2011


Caption: TERIMALAH…Pengerusi majlis iaitu Kanselor Tr Albert Klinsing Manau (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Nyalau (kanan) pada majlis itu.


LUBOK ANTU, Isnin (25 April) – Penduduk Kristian dari makzab Anglican di Pekan Lubok Antu bakal menyaksikan pembinaan sebuah gereja baru di situ dalam masa terdekat kelak kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Ini kerana harapan untuk melihat terbinanya sebuah gereja baru bagi Saint Philip Lubok Antu menurut beliau nyata amat cerah setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi tujuan itu sebelum ini.

“Jawatankuasa Gereja Anglican Saint Philip Lubok Antu buat masa ini telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM100,000 hasil kutipan majlis makan malam dan lain-lain aktiviti lain sebelum ini.

“Jumlah itu nyata tidak cukup bagi melaksana kerja pembinaan gereja baru sehinggalah beliau (Najib) ketika melawat ke Lubok Antu pada musim pilihan raya umum lalu mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi tujuan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Bersempena dengan Sambutan Hari Easter yang berlangsung di Dewan Saint Philip Lubok Antu malam tadi.

Sekiranya peruntukan terbabit sudah disalurkan kelak, maka pihak jawatankuasa Anglican Saint Philip Lubok Antu menurut Nyalau boleh memulakan kerja pembinaan gereja baru dengan jumlah keseluruhan wang bernilai RM600,000.

Gereja baru yang dikenali sebagai Saint Philip Lubok Antu  berkenaan tambah beliau lagi sudah pastinya akan memberi keselesaan kepada penganut agama kristian di daerah ini dari masa ke semasa.

“Ia merupakan berita baik untuk semua penduduk Kristian Anglican di sini. Justeru saya berharap agar penduduk di sini sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tidak berat sebelah dalam membantu aktiviti kerohanian penduduk di negara ini,” katanya.

Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Gereja Saint Philip Lubok Antu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment