Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2011

Borang LIga Futsal Bahagian Sri Aman 2011

PERTANDINGAN LIGA FUTSAL BAHAGIAN SRI AMAN 2011

Anjuran :


PERATURAN PERTANDINGAN

Nama Pertandingan.

Pertandingan “LIGA FUTSAL BAHAGIAN SRI AMAN 2011”

Pengelola.

Persatuan Bolasepak Bahagian Sri Aman FASA (2001).

Tarikh Pertandingan.

29 April -1 Mei 2011

Tempat Pertandingan.

Kompleks Sukan KPSU Sri Aman.

Rasional Pertandingan

Pertandingan ini merupakan satu aktiviti yang dirancang oleh FAS dengan kerjasama persatuan di peringkat bahagian. Ia bertujuan untuk memilih pemain untuk mewakili Sri Aman dalam Kejohanan Futsal Antara Bahagian yang akan berlangsung di Miri pada Mei ini.

Pertandingan ini juga diharap dapat memupuk dan menyemai semangat muhibah di kalangan peminat-peminat sukan Futsal di Bahagian Sri Aman.

Pertandingan ini juga akan dapat mengekalkan perpaduan antara masyarakat yang pelbagai kaum.

Bagi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan belia yang sihat dan bebas dari dadah.

Yuran Pertandingan.

Yuran penyertaan adalah RM250.00 satu pasukan dan hendaklah dibayar semasa menghantar borang penyertaan. Bayaran deposit sebanyak RM50.00 akan dikenakan untuk mengambil borang penyertaan.

Peraturan Am.

Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang permainan FUTSAL FIFA yang berkuatkuasa serta telah diterima oleh FAM.

Peraturan Tambahan.

Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk menambah peraturan-peraturan, selaras dengan matlamat penganjuran sukan FUTSAL. Keputusan Pengadil adalah tamat.

Penyertaan dan Pendaftaran Pasukan.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan Futsal di Bahagian Sri Aman. Kelayakan pemain adalah mereka yang berasal dari Bahagian Sri Aman, mereka yang telah bermastautin di Sri Aman dan mereka yang bekerja/belajar di Sri Aman.

Pemain hendaklah berumur 16 tahun ke atas dan salinan kad pengenalan hendaklah disertakan bersama borang pendaftaran.

Setiap pasukan dibenar mendaftar 10 orang pemain dan 2 orang pegawai dan pegawai tersebut TIDAK DIBENARKAN untuk bermain.

Setiap pemain hanya dibenar mendaftar dan bermain untuk satu pasukan Sahaja.

Format Pertandingan.

Pertandingan peringkat awal akan diadakan secara liga kumpulan dan 2 pasukan teratas akan

layak ke pusingan seterusnya. Pengiraan mata adalah seperti berikut:-

Menang = 3 mata Seri = 1 mata Kalah = 0 mata.

Jika berlaku mata yang sama penentuan akan berdasarkan perbezaan gol iaitu jaringan akan

ditolak bolos. Jika perbezaan gol juga sama maka jumlah jaringan akan diambil kira.

Pertandingan pusingan seterusnya akan dijalankan dengan sistem kalah mati.

Masa Perlawanan.

Perlawanan akan dijalankan 10 minit dalam separuh masa dan masa penuh Perlawanan ialah 20 minit.

Tendangan Penalti.

Pada pusingan kalah mati, Jika perlawanan seri, tiga (3) orang pemain akan dipilih oleh pasukan masing- masing akan melakukan tendangan penalti. Jika keputusan masih jika seri, maka tendangan penalti ( Sudden Dealth ) akan dijalankan sehingga keputusan diperolehi.

Tanggungjawab Pengurus Pasukan dan Pemain.

Semua pemain yang telah didaftarkan dalam pertandingan ini adalah dianggap telah bersetuju untuk mematuhi segala syarat serta disiplin sebagai pemain Futsal serta mematuhi segala keputusan yang telah di buat oleh Pegawai Perlawanan dan Pihak Penganjur.

Pengurus pasukan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua pemain serta penyokong pasukannya dan sebarang perkara /tindakan yang melanggar salah satu syarat dan peraturan maka Pengurus dan pasukannya akan diambil tindakan tatatertib yang diputuskan oleh jawatankuasa pengelola.

Pengurus Pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama 5 pemain dan 3 pemain simpanan 15 minit sebelum setiap perlawanan dimulakan.

Masa menunggu bagi memulakan perlawanan ialah 3 minit, sebelum Keputusan ‘ walkover’ diisytiharkan oleh pegawai perlawanan. Pasukan yang hadir akan diberi kemenangan.

Perlawanan hanya boleh dimulakan jika jumlah pemain dalam pasukan tidak kurang dari 4 orang. Jika pemain masih tidak mencukupi sehingga tamat waktu menunggu maka syarat 12.4 akan digunapakai.

Pihak pengelola tidak bertanggungjawab di atas kecederaan dan sebarang kerugian terhadap pasukan dan pemain semasa dan selepas pertandingan ini.

Kelengkapan Pemain.

Semua pemain diwajibkan menggunakan “Shin Guard”

Pemain dikehendaki memakai jersi bernombor dan nombor jersi hendaklah dikekalkan sehingga tamat pertandingan.

Pemain dikehendaki memakai kasut yang sesuai untuk permainan Futsal dan tapaknya diperbuat dari getah.

Penangguhan dan Pemberhentian Perlawanan..

Jika pegawai Perlawanan berpendapat gelanggang tidak sesuai untuk perlawanan atau atas sebab keselamatan perlawanan akan ditangguhkan dan keputusan seterusnya akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

Hadiah Pertandingan.

Hadiah akan disediakan untuk Johan hingga Tempat Ke-tiga Sahaja.

HADIAH PERTANDINGAN

KEDUDUKAN

HADIAH

JOHAN

Wang Tunai (RM1000.00) + Piala + Medal

NAIB JOHAN

Wang Tunai (RM500.00) + Piala + Medal

KETIGA

Wang Tunai (RM300.00) + Piala + Medal

Bantahan

Para pemain boleh membuat bantahan dengan membuat bayaran sebanyak RM500 kepada penganjur pertandingan. Jika bantahan tidak diterima oleh Jawatankuasa Pertandingan maka wang tersebut tidak akan dikembalikan.

Tarikh Tutup Penyertaan

Borang yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar pada 26 APRIL 2011 Jam 5.00 Petang di Pejabat JASA Sri Aman : En Zaidil Ripin (0135673629) / En Tahir Brahim (0198743288)

Mesyuarat Pengurus Pasukan.

Bertempat Wiswa Persekutuan Jalan Kejatau Sri Aman, Blok 1, Tingkat 2 pada 27 April 2011 2011 jam 09.00 pagi.

BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN “LIGA FUTSAL BAHAGIAN SRI AMAN 2011”


Nama Pasukan : ………………………………………………………

Pengurus Pasukan : ………………………………………………………

Jurulatih : ………………………………………………………

Alamat : ………………………………………………………

No. Telefon : ………………………………………………………

Warna Jersi : Utama…………………. Kedua …………………

Bil

Nama Pemain

Umur

No. K/P Baru

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Saya dan ahli pasukan saya akan mematuhi segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Senarai pemain adalah selaras dengan syarat 8.1.

Tandatangan Pengurus : …………………………………………………

( Pengurus / Juruatih )

Tarikh : …………………………………………………..

* DEPOSIT untuk mengambil borang RM50.00

*Terhad Kepada 32 Pasukan SAHAJA..

* Mesyuarat pengurus Pasukan akan diadakan pada : 27.04.2011

No comments:

Post a Comment