Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 April, 2011

Berhenti putar isu lapok - Harden


Caption: MESRA...Hishamuddin sedang beramah mesra dengan seorang anggota RELA sambil disaksikan oleh Harden (tiga kiri) dan Masir (kiri sekali) pada majlis itu.


SRI AMAN, Jumaat (8 April) – Pihak pembangkang dinasihat agar berhenti memainkan isu lapok yang boleh mengelirukan rakyat ketika berlangsung musim Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-10 sekarang.

Penyandang Kerusi DUN N.27 Simanggang, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata pihak pembangkang dilihat gemar membangkitkan dua isu utama demi meraih sokongan politik daripada rakyat.

“Isu pertama ialah mengenai Hospital Sri Aman yang baru. Untuk pengetahuan rakyat, pelan pembinaan sebuah hospital baru masih lagi sedang diusahakan oleh kerajaan dari masa ke semasa.

“Manakala itu isu kedua pula mengenai tanah Hak Adat Bumiputera. Isu ini sepatutnya sudah dianggap lapok apabila kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM80 juta bagi tujuan penyukatan tanah NCR milik rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertemuan Menteri Dalam Negeri Bersama Relawan Ikatan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman di Mini Stadium Sri Aman baru-baru ini.

Justeru Harden yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah meminta rakyat DUN Simanggang untuk menolak isu lapok yang diekploitasikan oleh pihak pembangkang menjelang pilihan raya negeri pada 16 April ini.

Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat, Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel Bajuri Haji Adom, para pegawai RELA, anggota dan ketua kaum di sini.

Hishammudin pada majlis itu turut menyempurnakan majlis penyerahan pakaian seragam RELA dan kad ahli kepada para anggota RELA Daerah Sri Aman sambil disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain.

Tamat

No comments:

Post a Comment